Monday, 6 May 2013

Sihati Buta


aku sudah puas berkongsi hidup
berkongsi hidup bersama --
si-celaka
si-pendendam
si-pemain-kata
si-perosak-mata
si-pemberi-leka
si-penolak-nolak
si-mesin-bergerak
si-bacul-sentiasa
si-manja-tiap-gerak
si-pengambil-hati-ini
si-hati-yang-tak-mengerti
si-pemusnah-harapan-ini
si-pengulang-masa-silam
si-mulut-yang-serupa-haram
si-pengutuk-ampu-semua
si-berpura-mengetahui-semua
si-hebat-yang-bisa-mencampur-gaul-kesemua

dan ya, ianya takkan pernah terhenti
takkan berhenti selagi nyawa masih di sini

aku sudah puas --
memaki mereka
mencela mereka
menghentam mereka
melabel mereka
mencacai mereka
tapi kesemuanya hanya seorang saja yang terdengar
hanya seorang saja yang mengangguk
hanya seorang saja yang mengerti

mungkin masih tidak cukup terima kasih aku kepada mereka
atau langsung tiada terima kasih itu terkata
terima kasih yang mungkin bisa menterbalikkan diri mereka
terima kasih yang akan menyenyapkan kata sihati buta

atau mungkin aku sama saja seperti mereka

Saturday, 4 May 2013

Penjaga Diri, ini

kita tak pernah serasi
atau mungkin bagaimananya serasi kita tak pernah selidiki
tiap kata kau, aku angguk, pasti
tiap pinta kau, aku sambut, janji
mungkin boleh dikatakan serasi, tapi penuh keterpaksaan diri
keterpaksaan dalam hati, yang seranahnya sunyi
keduanya berkongsi
aku lihat kau pun begini

kita jarang untuk berkata
atau mungkin permulaan kata itu sungguh sukar untuk dimula
kau mula, aku balas, setia
kau tapa, aku turut, meleka
ya, mungkin aku sipemusnah hala
pemusnah yang mana membosankan keduanya
tapi kadangkala
sifat aku, kau pinjam juga

kita kurang menjenguk muka
atau mungkin kita sibuk menyalahkan masa
tiba lapang, hati merewang lupa
tanpa sedar, diri sewenang dileka
masa sibuknya waktu, gagahlah terbayang duka
tak guna seadanya hampa
tapi yakinnya aku
kau tak sebegitu, seperti aku

dinginnya kita, sampaikan yang perlu aku lupa
tapi kau handal, pantas kau faham akhirnya
jika yang wajib ditanya aku lupa
yang wajib kau beri tanpa bertanya
jika yang mesti diminta aku alpa
yang mesti kau bagi tanpa berkira
begitu hebatnya engkau, payah direka

walau kaku
walau sunyi
walau lekanya aku
tapi tak sekali aku lupakan kau
tak sekali aku cuba tinggalkan kau
sebab aku tahu, aku pasti
berdiri kukuhnya aku disini, takkan boleh tanpa kau disisi



Untuk dia yang sering dilupa. Terasa membesar lubang dosa yang dulunya dikorek tanpa peka. Maaf.

Kispen: Angin

KTM. 8:30 pagi. Tunggu. Termenung. Ah, hari ini bukan hari cuti. Watak sampingan hanyalah pakcik-makcik yang ingin ke pejabat. Malang. Kembali termenung.
20 minit berlalu. Tren tiba. Masuk. Duduk. Kembali termenung.

"Kepong Sentral. Kepong Sentral. Sila awasi langkah anda. Please mind your step"

Tengok kiri. Tengok kanan. Banyak lagi tempat kosong. Tak perlu nak berpura tidur. Bagus. Masuk perempuan muda. Berpakaian muda. Berteman. Ah, sial. Berpura tidur lebih baik. Pejam mata.

"Kepong. Kepong. Sila awasi langkah anda. Please mind your step"

Celik. Masih ada tempat kosong. Bagus. Lelaki pertengahan lintas. Koporat. Segak. Wangi. Kembali pejamkan mata. Angin menolak udara. Menimbul rasa. Mengganti bau. "Woi, cilanat apa buang angin dalam tren" -.-