Sunday, 29 December 2013

Pengharapan (samb.)


rasa, bilamana rasa, kau tak layak untuk rasa, rasa itu, tapi kau tak akan mampu rasa, bagaimana rasa, kau tak lagi rasa, rasa itu.




pernah aku mengharap,
"ya ALLAH, kalau benarlah dia adalah teman hidup untuk ku, kalau benarlah dia diciptakan untuk berkasih dengan ku, KAU berikanlah dia rasa apa yang aku rasa saat aku teringat akan dia. Tapi... kalau aku bukanlah yang terbaik untuk dia, kalau aku hanyalah pengganggu hidup dia, KAU hilangkanlah rasa apa yang aku rasa saat aku teringat akan dia"

dan masih, sehingga ke saat ini aku masih mengharap yang aku berharap benda yang sama sebab aku masih lagi merasa rasa yang sama. tapi... bila dilihat, aku dia, aku hanya mampu senyum lihat besarnya beza.

kini aku mengharap,
"ya ALLAH, sesungguhnya aku sangat bersyukur pada-MU sebab hadirnya dia dalam hidup aku semuanya telah dirancang oleh KAU. Dan diatas perancangan KAU itulah, aku yang dulunya berada jauh dari KAU, kini cuba untuk mendekati KAU. Terima kasih, ya ALLAH. Terima kasih :) Dan, diatas rasa yang aku rasa ini, ya ALLAH, sekiranya dia merupakan jodoh bagiku, aku mohon agar KAU tangguhkan detik di hati ini sehingga mana aku benar-benar mampu. Dan sekiranya bukanlah jodoh bagiku, aku mohon agar KAU segera hilangkan detik di hati ini dan kuatkanlah aku untuk lalui takdir-MU, ya ALLAH. Sesungguhnya aku hanya hamba-MU yang lemah untuk menidakkan kurniaan rasa yang KAU bagi. Dan aku hanya hamba-MU yang lemah dalam perancangan untuk kehidupan aku sendiri. Sesungguhnya KAU lah sebaik-baik perancang." 

Friday, 27 December 2013

Sayang. Cinta

sayang. cinta.

kalau aku buka topik pasal sayang, pasal cinta aku gerenti ramai yang akan rasa geli. Word sayang dengan cinta tu pun dah cukup mual dah sebenarnya :D
Klise bagi manusia, pandang sayang dan cinta hanya wujud antara dua individu, lelaki dan perempuan.
Kamon laaa. Cuba dipandang sayang itu sebagai satu simbol penyatuan, simbol kedamaian, pasti rasa geli itu hilang. Malah yang ramai itulah yang akan meminta-minta sayang itu bertebaran. Cinta itu bersepahan. Kannn?
Ke, korang tak nampak lagi ni? Takpa, takpa. Pelan pelan jalan. Nanti korang nampaklah betapa pentingnya kuasa sayang dalam hidup kita sekarang ni.

Kalau korang nak tahulah kan, kuasa sayang ni kuat sebenarnya. Aku cerita sikit.
Pagi-pagi buta, aku selalu nampak ada sorang pakcik ni jalan sorang-sorang dalam gelap. Jalan dia sorang-sorang pergi ke masjid, berjemaah. Masjid pun bukannya dekat. Aku kasi anggaran lebih kurang macam dari burhan nak ke FPEND. Haaa, sapa budak UKM jela dapat anggarkan. Yang lain, pandai-pandai datang UKM sini. Aku boleh tunjuk.
Nampak? punya gigihnya lah pakcik sorang ni. Gigih tak gigihnya, tiap kali masuk waktu-waktu yang lain pun dia akan jalan kaki ke masjid, berjemaah.
Tua campur gelap campur berulang kali, tak ke bahaya campur penat jadinya. Tapi, sebab rasa sayangnya dekat tuhan, rasa cintanya dekat pencipta, aku tak rasa pakcik tu mengeluh sebab penat. Aku tak rasa pakcik tu kesah tentang bahaya.
Hebat betul rasa sayang pakcik ni. Rasa cintanya terhadap Allah :)
Terpikir, kalau nak dibandingkan aku dengan pakcik tu, kiranya aku lagi lemah la dari pakcik tu. Yela, boleh dikira berapa kerat sangat aku pergi ke masjid.
Ya Allah, hinanya lah diri ini  T.T
Mintak-mintaklah satu hari nanti aku jadi kuat sekuat pakcik ni. Amiiin :)

*hembus nafas*

Lagi satu nak cerita. Aku ada kenal satu manusia hebat. Aku anggap dia hebat sebab kalau aku jumpa dia, aku mesti nak senyum. Kalau aku nampak dia, aku akan rasa senang. Rasa selesa.
Dia ni kalau nak ceritakan peribadinya, memang baik. Tersangatlah baik. Jumpa kawan, senyum, tegur. Jumpa tukang sapu, senyum, tegur. Jumpa pakcik jaga, senyum, tegur. Boleh cakap, kalau jumpa sapa-sapa sekalipun, dia akan senyum dan tegur.
Aku boleh jamin la, senyum dia tak pernah tanggal dari muka. Kalau dia tengah stress pun, dia akan cuba juga senyum. Pernah sekali tu, aku tanya pasal projek eksperimen dia, menjadi ke tidak. Dia boleh bantai gelak-gelak cakap tak jadi padahal petang tu dah nak kena bentang dah. Indah betul gaya dia taknak kasi orang keliling dia celaru :)
Aku selalu bayangkan orang-orang sekeliling aku, termasuk aku, boleh praktikkan gaya dia. Tak ke nanti bersepah-sepah rasa sayang. Tak ke nanti berteraburan rasa cinta antara manusia. Indahnya :)

Dunia sekarang ni harap saja manusia tu pakai gelaran manusia, tapi sifat manusia? Sikit-sikit hilang dari dalam diri.
Tengok saja la sekarang ni, penzaliman sini sana. Kerosakan dimana-mana. Kebencian berleluasa.
Sebenarnya, rasa sayang, rasa cinta tu dah ada dalam diri setiap manusia. Cuma ego, tamak dan sifat pentingnya diri yang halang sayang dan cinta tu nak keluar dari diri.
Ingat, kita hidup atas dunia ni bukan sorang-sorang. Mungkin saat ni kita ada dekat atas dan kita rasa kita tak perlu orang lain, tapi nanti bila dah kebawahnya kita, baru tau pentingnya orang lain itu dekat kita.
Aku taip ni pun untuk aku juga, untuk kita :)



Selagi kita hidup bermasyarakat, jangan pernah simpan rasa sayang hanya untuk diri sendiri. Sebarkanlah :)

Sunday, 15 December 2013

kuat

kuat
aku kuat
aku perlu kuat
aku mesti kuat
aku kena jadi kuat

korang... tolong aku
tolong aku jadi kuat
nanti, aku tolong korang jadi kuat juga
kita jadi kuat sama-sama
boleh?

Wednesday, 11 December 2013

kembali

kebelakangan ini,
jiwa aku telah pergi dilarikan oleh engkau
jauh... laju...
tak terkejar oleh aku yang semakin menghaus diseret waktu

aku mohon pada kau,
aku mohon yang teramat sangat
supaya kau pulangkan kembali jiwa satu ku itu

kerna aku takut,
hinanya jiwa itu,
tak terlayak oleh aku,
untuk kau bawa pergi.

Thursday, 5 December 2013

Pengharapan

aku selalu mengharapkan,

"Tuhan, kalau benarlah dia adalah teman hidup untuk ku, kalau benarlah dia diciptakan untuk berkasih dengan ku, KAU berikanlah dia rasa apa yang aku rasa saat aku teringat akan dia. Tapi... kalau aku bukanlah yang terbaik untuk dia, kalau aku hanyalah pengganggu hidup dia, KAU hilangkanlah rasa apa yang aku rasa saat aku teringat akan dia."

aku dah tak larat nak hadap rasa macam ni lagi. ya, aku memang lemah.






tapi, walaupun sakit, kadangkala perasaan ini mendamaikan. sebab... ia mendekatkan aku kepada tuhan.


terima kasih :)