Sunday, 26 August 2012

Review buku: MURTAD

( sila habiskan pembacaan buku dahulu untuk kepuasan maksima )



Kali pertama mereview buku.

MURTAD. Buku Fixi pertama yang aku baca. Walaupun aku mendapatkannya dengan cara meracun fikiran seseorang agar dia membeli buku tersebut. Terasa kejam. Ah, persetankan semua itu. Tapi aku tidak leka. Polis karma berlegar-legar mencari mangsa. Aku tau, lambat-laun dia pasti meracuni aku balik. Tak kesah.

Ok. Berbalik kepada buku. Setelah aku di-propa-kan oleh internet tentang kehandalan buku keluaran Fixi ini, aku berkira-kira untuk mendapatkannya walau dengan apa cara pun. Dan ianya memang berbaloi. Walaupun masih awal untuk aku buat andaian memandangkan ini merupakan buku Fixi pertama yang aku baca, tapi aku yakin buku-buku Fixi yang lain juga ada umph-nya seperti Murtad ni.


Secara ringkas. Murtad mengisahkan tentang adik-beradik kembar yang menerima tugas untuk membasmi para pemurtad mengikut hukum hudud; bunuh. Dipertengahan cerita ada diselitkan elemen cinta tapi tidak terlalu kuat unsurnya seperti kebiasaan buku-buku meleis yang lain. Yang bermaksud, bagus untuk aku sebab aku naik jemu baca buku tipikal meleis yang sarat dengan cintunnya. Duhh!! 
Penulis juga kreatif untuk memasukkan isu semasa seperti kes pekerja AGK (Ayam Goreng Kentaki) yang pukul pelanggannya. Tersenyum ketika membaca bahagian tersebut. Tak terjangka. Nice!!
Ditambahpula dengan loghat kedah yang digunakan oleh adik-beradik kembar ni yang dapat hidupkan jalan penceritaan. Agak bagus bagi mereka (aku) yang jarang menggunakan loghat ni dimana aku diperkenalkan dengan perkataan baru; nakharrom, pelaq. 
Plot aksi juga bagus sebab ianya sangat teliti dan lancar. Aku yakin, semua orang akan menggunakan sehabis baik deria imaginasi masing-masing masa baca buku ni. Mungkin penerbit-penerbit filem boleh berkira-kira untuk men-filem-kan buku ini daripada korang menghabiskan duit buat filem yang bergred cekerama yang hanya layak disiarkan di tv sahaja (mungkin) berbanding di panggung.  

Serius, buku ni memang berbaloi untuk dibeli dan dibaca. Aksi, konflik, saspen, cinta, islamik. Semua lengkap. Ditambah pula dengan isu murtad yang jarang diketengahkan. Memang lain dari yang lain. Cuma, pembaca akan rasa hampeh sikit sebab cerita tergantung. Cliffhanger. Mungkin ada sekuelnya. Sapa tahu. Dan pengakhirannya juga ada terselit sikit kisah yang terdapat dalam ZOMBIJAYA.


* sesiapa yang ingin dapatkan MURTAD boleh klik di sini. Jangan risau, aku tak diberi komisen.

Wednesday, 8 August 2012

sijil vs transkrip

"Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia LEBIH TINGGI TARAFNYA berbanding dengan sijil MATRIKULASI (BERITA RADIO TEMPATAN) - INI SEMEMANGNYA BENAR TIADA PEREKA CERITA-...mana yang ambil STPM tidak perlu risau..kita lebih tinggi darjatnya berbanding dengan MATRIKULASI....kalau masuk U..STPM akan didahulukan..betul x.."


Ok. Sedang aku membelek-belek muka buku aku, aku terjumpa satu status yang agak menarik. Sejujurnya aku tak kesah sangat dengan apa yang diperkatakan dalam status tersebut. Walaupun kalau dibaca sepintas lalu, status tersebut lebih kepada untuk merendahkan taraf kelayakan pelajar matrkulasi berbanding dengan pelajar STPM (tu tak termasuk lagi komen-komen yang ada. Lagi runcing bahasanya). Seriously tak kesah. Like serious seriously tak kesah. Yalah, kita memang ada hak. Memang ada hak untuk bersuara. Freedom of speech. Akan tetapi, aku ingin juga lah menambah sedikit sebanyak pendapat aku untuk menyeimbangi status di atas.



"Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara"-malique


satu - STPM dengan matrikulasi merupakan salah satu 'jalan pendek' bagi para lepasan SPM untuk menyambung pelajaraan di peringkat ijazah sarjana muda. Dan semestinya, program matrikulasi lebih pendek jalannya kerana tempoh pengajiannya lebih kurang setahun berbanding STPM yang makan masa setahun ++. Akan tetapi, seperti dinyatakan di atas, sijil matrikulasi (bukan sijil sebenarnya. Ianya hanyalah transkrip) Tidak lah setanding sijil STPM kerana ianya tidak bernilai melainkan hanya untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (sijil STPM masih boleh guna untuk mencari kerja). Kesimpulannya pelajar matrikulasi hanya dihasilkan untuk persediaan ke universiti semata-mata.

dua - Persekitaran pembelajaran bagi pelajar matrikulasi lebih produksif untuk mempersediakan para pelajarnya ke universiti berbanding STPM. Mereka akan didedahkan dengan sistem pembelajaran di universiti seperti kuliah, kelas tutoran, kelas praktikal dan sistem jam kredit. Berbanding pelajar STPM, mereka akan melalui sistem pembelajaran di sekolah menengah.

tiga - Kehidupan di matrikulasi jauh lebih mencabar. (Nak cerita sini kang panjang sangat. Ada masa aku buat entri khas)

empat - Pelajar matrikulasi diberikan elaun. Fikirkanlah. Sapa yang senang-senang nak kasi RM2500 (Aku dengar dah dinaikkan. Tak tau lah) setahun hanya untuk suruh kita belajar.

lima (agak lemah) - Lecturer-lecturer di matrikulasi kebanyakkannya masih muda dan lawa-lawa weiii. Secara psikologinya, para pelajar lebih bersemangat untuk belajar.

Bagi aku, pelajar lepasan STPM lebih bersedia untuk memasuki universiti dari segi teori mereka. Pengetahuan mereka tentang subjek yang mereka ambil. Sebab, sukatan pelajaran bagi pelajar STPM jauh lebih sukar daripada pelajar matrikulasi. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ambil aliran sains. Kredit untuk mereka.
Tapi, bagi pelajar matrikulasi pula, mereka lebih bersedia dari segi pengalaman, cara belajar, cara penyesuaian diri mereka di universiti nanti. Mereka juga mungkin lebih pantas untuk menghadam sesuatu perkara kerana konsep 'terima-dan-terus-menerus-terima' yang diamalkan semasa belajar. Bayangkan, untuk satu subjek mempunyai lebih kurang 16-18 bab, setiap bab ada lebih kurang 10-13 subtopik. Dan kesemuanya perlu dikuasai dalam masa tidak lebih 5 bulan (lebih kurang). Penegasan, itu baru satu subjek.

Tapi secara peribadinya, aku rasa belajar dekat mana-mana pun tak kesah. Baik yang ambil STPM ataupun yang masuk matrikulasi. Dua-duanya bagus. Dua-duanya masih dapat output yang positif. Cuma dari segi yang berlainan. Kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan. Terserah kepada si penerima ilmu itu sendiri untuk mengadaptasikan ilmu tersebut. 



*Tengah blogwalking, tetiba jumpa satu entri yang lebih kurang sama objektifnya dengan entri ni. Baca sini untuk point yang lebih bernas daripada point aku yang sampah ni*

p/s: sebarang maklumat yang salah terdapat di dalam entri ini, minta diperbetulkan untuk kebaikan bersama :)