( sila habiskan pembacaan buku dahulu untuk kepuasan maksima )
MURTAD. Buku Fixi pertama yang aku baca. Walaupun aku mendapatkannya dengan cara meracun fikiran seseorang agar dia membeli buku tersebut. Terasa kejam. Ah, persetankan semua itu. Tapi aku tidak leka. Polis karma berlegar-legar mencari mangsa. Aku tau, lambat-laun dia pasti meracuni aku balik. Tak kesah.
Ok. Berbalik kepada buku. Setelah aku di-propa-kan oleh internet tentang kehandalan buku keluaran Fixi ini, aku berkira-kira untuk mendapatkannya walau dengan apa cara pun. Dan ianya memang berbaloi. Walaupun masih awal untuk aku buat andaian memandangkan ini merupakan buku Fixi pertama yang aku baca, tapi aku yakin buku-buku Fixi yang lain juga ada umph-nya seperti Murtad ni.
Secara ringkas. Murtad mengisahkan tentang adik-beradik kembar yang menerima tugas untuk membasmi para pemurtad mengikut hukum hudud; bunuh. Dipertengahan cerita ada diselitkan elemen cinta tapi tidak terlalu kuat unsurnya seperti kebiasaan buku-buku meleis yang lain. Yang bermaksud, bagus untuk aku sebab aku naik jemu baca buku tipikal meleis yang sarat dengan cintunnya. Duhh!!
Penulis juga kreatif untuk memasukkan isu semasa seperti kes pekerja AGK (Ayam Goreng Kentaki) yang pukul pelanggannya. Tersenyum ketika membaca bahagian tersebut. Tak terjangka. Nice!!
Ditambahpula dengan loghat kedah yang digunakan oleh adik-beradik kembar ni yang dapat hidupkan jalan penceritaan. Agak bagus bagi mereka (aku) yang jarang menggunakan loghat ni dimana aku diperkenalkan dengan perkataan baru; nakharrom, pelaq.
Plot aksi juga bagus sebab ianya sangat teliti dan lancar. Aku yakin, semua orang akan menggunakan sehabis baik deria imaginasi masing-masing masa baca buku ni. Mungkin penerbit-penerbit filem boleh berkira-kira untuk men-filem-kan buku ini daripada korang menghabiskan duit buat filem yang bergred cekerama yang hanya layak disiarkan di tv sahaja (mungkin) berbanding di panggung.
Serius, buku ni memang berbaloi untuk dibeli dan dibaca. Aksi, konflik, saspen, cinta, islamik. Semua lengkap. Ditambah pula dengan isu murtad yang jarang diketengahkan. Memang lain dari yang lain. Cuma, pembaca akan rasa hampeh sikit sebab cerita tergantung. Cliffhanger. Mungkin ada sekuelnya. Sapa tahu. Dan pengakhirannya juga ada terselit sikit kisah yang terdapat dalam ZOMBIJAYA.
* sesiapa yang ingin dapatkan MURTAD boleh klik di sini. Jangan risau, aku tak diberi komisen.
* sesiapa yang ingin dapatkan MURTAD boleh klik di sini. Jangan risau, aku tak diberi komisen.
No comments:
Post a Comment