( sila habiskan pembacaan buku dahulu untuk kepuasan maksima )
PECAH. Buku Fixi yang aku dapatkan masa Jelajah LEJEN FIXI dekat UKM hari tu. Terima kasih la sebab datang. Tapi, kalau boleh lain kali ajak la diskaun ke, goodie2 bag ke, datang sekali. Baru puas memborong.
Ok. Satu perkataan je aku nak kasi: PUZZLE. Memang pusing habis punya cerita. Semua bersangkut-paut. Padahal nak rompak bank je kot. Aku tau, mesti ramai tangguh baca sekejap sebab pening dengan plot cerita novel ni. Jangan risau, korang bukan keseorangan. Aku pun macam tu juga. Serius, buku ni hanya layak dibaca masa otak tengah kosong. Tengah tak pikir apa-apa. Masa itu la korang betul-betul boleh mempokah satu persatu kisah dalam novel ni.
*pokah. perkataan baru yang aku jumpa dekat sipnosis novel*
Secara ringkas. PECAH menceritakan tentang rompakan bank. Itu saja. Tak besar pun plot cerita ni. Akan tetapi, rompakan tersebut lahir daripada dendam kisah lama. Dan kisah lama itu la yang men-puzzle-kan cerita ni sebenarnya.
Rompakan tu takde la rumit mana. Cuma, sebab mengapa rompakan itu berlaku merupakan tunjang utama cerita ini. Aku berani jamin, masa baca novel ni, korang mula men-maksima-kan imaginasi korang untuk men-imaginasi-kan pokok keluarga (baca: family tree) si Lidya ni. Punya la berserabut dahannya. Mana tak nya, cerita masa tahun '68 dulu diulang-tayangkan balik semata-mata nak bagitahu si Lidya ni anak siapa. Tapi, itu la yang menarik pembaca untuk kekal baca novel ni sampai habis. Masing-masing nak tau penghabisannya macam mana.
Lagi satu, yang menariknya dalam novel ini ialah gaya penulisannya. Susunan bahasanya memang superb!!
Kasi contoh sikit:
"Dia sudah lupa. Atau aku yang terlalu pantas menua." - m/s: 157
"Tamat tahiyat dengan salam, dibaca seribu satu doa. Biar umur panjang. Biar mati tenang. Biar berat pahala ditimbang. Biar dosa hilang. Biar Allah sayang. Yang paling kerap diulang, biar anak cucu kunjung datang." - m/s: 190
"Aku ke desa, kau bikin dosa. Tidak, aku takkan halang. Sebelum kita pilih jalan bertentang, aku mahu tonton wayang. Ayuh bertandang." - m/s: 230
Aku tak tau la korang semua dapat rasa atau tak kekuatan bahasa yang penulis dah guna. Yang penting aku puas membaca. Puas membaca bahasa-bahasa yang gah susunannya.
Lagi dua yang menariknya dalam novel ini ialah penghabisannya. Tabik. Memang tak dijangkakan. Cuba korang bayangkan. Tengah malam. Dalam hutan. Mengharapkan harta. Tiba-tiba bila korek, mayat yang dijumpa. Nice.
Novel ini pun nak diadaptasikan ke filem. Aku harap filem PECAH ni nanti sehebat novelnya juga. Aku tahu, bukan senang nak menfilemkan novel. Imaginasi setiap para pembaca berbeza antara satu sama lain. Aku takut tahap filem ni tak capai tahap imaginasi pembaca novel. Tapi, kredit la untuk mereka sebab pilih plot novel ni untuk dijadikan filem. Kalau plot cerita pun dah dahsyat. Hasil filem lagi la dahsyat.
Apa-apapun, novel ini memang berbaloi untuk dibeli dan dibaca. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang minat genre penyisatan dan penggemar bahasa yang indah susunannya. Memang WAJIB beli.
*sesiapa yang ingin rasa lebih lagi kekuatan bahasa dari penulis PECAH. Selongkar sini.
**sesiapa yang ingin dapatkan PECAH boleh klik sini. Jangan risau, aku tak diberi komisen.
No comments:
Post a Comment