Thursday, 26 July 2012

Kispen: Respektasi

'nombor yang anda dail tidak mengangkat panggilan anda. sila cuba lagi'. Empat kali aku melayan operator tu ulang benda yang sama. Sah. Memang sah tido. Cuba lagi. Dapat tembus talian. Akhirnya.

"jadi tak hari ni?"
"hmm"
"err. pegi la siap dulu. nanti text aku. aku datang"
"hmm"

Setengah jam berjalan. Mesej masuk.

'ak da siap. dtg la'      10:57AM, 26 Jul

Capai kunci. Pandu ke rumah dia. Nampak dia dari jauh, satu perkataan saja yang muncul difikiran aku. BARU. Dari atas kepala hingga ke bawah kaki serba baru. Baru beli mungkin. Tapi yang pasti aku baru nampak. Ah, biarkan. Anak muda. Darah masih panas, Masih pekat merahnya. 

Bergerak ke rumah kawan aku lagi satu. Hari ini aku adalah pemandu. Pemandu untuk mereka dan diri aku. Demi kawan. Tak kesah. Lalu, menuju ke sekolah lama untuk mengambil sijil yang sudah lama terperap di arkib sekolah. Harap masih ada lagi.
Selesai urusan pejabat, teringin berjumpa cikgu yang pernah mengajar dahulu. Lepas rindu, tanya khabar. Selepas setahun lebih meninggalkan sekolah. Ah, kenangan dahulu terimbas.

Sedang menaiki tangga terserempak dengan Pn. Biologi. Ingin aku sapa, tapi cikgu lain lebih pantas. Mereka sibuk berbual. Aku berhenti melangkah untuk memberi ruang kepada mereka. Terasa belakang aku ditolak. Mungkin tertolak akibat reaksi aku tadi. Aku pusing. Dua orang pelajar tingkatan 2. Mungkin. Aku cuba senyum kembali. Tiba-tiba, seorang dari mereka bersuara, "nak jalan, jalan jela. nak takut apa!"  -.-

Tuesday, 24 July 2012

Kispen: Sabtu

6.30 pagi. Sabtu. Seperti biasa. Aku dah ada dalam bilik air. Cuci muka. Gosok gigi. Bersiap apa yang perlu disiapkan. Suasana masih tenang. Tidak seperti hari minggu (baca: weekdays). Masing-masing sibuk untuk ke kelas. Berebut seterika, berebut paip, berebut cermin. Macam-macam. Akhir minggu (baca: weekends) umpama hari merdeka bagi para pelajar. Bebas. Bebas melakukan apa saja.
Selesai menyarung baju, aku kejutkan kawan aku. “Woi, bangunlah. Dah pukul brape ni.” Namun, sia-sia. Mereka masih berbungkus. Masih mempergunakan Sabtu dengan sebaiknya. Huh. Capai jam. Capai dompet. Aku bergerak ke kafe.

Masih lagi tenang. Hanya dua tiga kepala saja yang aku nampak sedang asyik menjamah cepat pecah (baca: breakfast). Mereka-mereka ni lah penyelamat ekonomi pagi akhir minggu kafe. Bagus. Teruskan. Kafe Samanis, masih tak bertukar menu. Nasi goreng dua rupa, mee goreng, mihun goreng, mihun sup, nudget, bergedil. Kafe Uncle Cent pun begitu. Masih dengan nasi goreng, mihun goreng, mee goreng, nasi lemak, nudget. Tapi nampak lebih sedap. Aku terus menyedok 4 senduk nasi goreng, 3 ketul nudget lalu memesan teh tarik. Kenyang.

Naik bilik, capai kasut. Bergerak ke padang. Masih lagi tenang. Akhir minggu, huh. Baru nak usha awek. Padang, satu kepala pun tak nampak. Selesai 5 pusingan, aku duduk berehat. Ternampak lecturer aku beryoga. Rasanya lah. Nak tegur tapi jauh. Hanya mampu senyum. Ah, biarkan. 5 minit bergerak. Terdengar suara budak perempuan berbual. Harapan muncul. *smiley face* Makin lama makin jelas apa yang mereka bualkan. Rancak sungguh. Tiba-tiba, “eh, tu bukan ke budak nerd kuliah kita.”  -.-

Monday, 23 July 2012

Langkahan

Hanya selangkah diperlukan untuk merubah masa depan.

Kekadang aku pelik dengan manusia sekeliling. Selalu sangat menganak-tirikan perkara-perkara remeh yang boleh memberi impak besar dekat diorang. Contoh paling senang sekali untuk korang sedar ialah melangkah. Korang sedar tak:

-dengan langkahan yang padu dan PANTAS dapat menjimatkan masa korang. Korang pun sedar yang korang dapat hidup sekali saja dekat dunia ni. Takkan lah korang nak menghabiskan sebahagian besar hidup korang dengan berjalan. Banyak lagi benda yang berfaedah yang wajib dibuat. 

-dengan langkahan yang semangat dan PANTAS korang dapat menurunkan kalori sebanyak 6 kalori per minit. Ok, yang ni tipu. Aku tak tau berapa banyak kalori yang turun tapi yang pastinya kalori itu tetap akan terbakar dengan banyaknya. Semua orang sibuk canang-mencanang yang kononya ‘sila amalkan pemakanan seimbang’, ‘diet yang berkualiti itu bagus’. Kononnya lah. Tapi, senaman haram dipraktikkannya jugak. Sekurang-kurangnya dengan berjalan pantas dapat jugak la menggantikan 1 jam masa senaman korang dalam seminggu.
diet is just die without t -somewhere inside the internet

-dengan langkahan yang kukuh dan PANTAS badan korang dapat bekalan oksigen lebih daripada cukup. More than enough. Jalan laju, jantung pam pantas, lebih oksigen dihantar, produksi ATP meningkat, badan sihat. Konsep mudah. Kita saja yang menyukarkannya.
-dengan langkahan yang bertenaga dan PANTAS takda la aku menyumpah-nyumpah orang yang jalan lambat. Dan yang paling penting takda la aku bazirkan masa tulis post yang semata-mata nak mengajar cara berjalan. Dafuq!!! Cara jalan pun nak kena ajar ke?

Hey, Please la. Wake up!!! Nak jadi manusia cemerlang, perwatakan seharusnya cemerlang. Ok. Aku tau. Cemerlang sangatkah aku sampai nak cakap benda-benda cemerlang sebegini. Hell, no. Aku sedar sapa aku. Aku tak la cemerlang dan aku jugak bukanlah orang yang tak cemerlang. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk cemerlang.


Orang yang cemerlang kebanyakannya tidak akan mengaku dirinya cemerlang.

Pikir-pikirkan la.

Saturday, 21 July 2012

Unik atau pelik


Sedang aku berbalah-balah comment dekat status member aku, tiba-tiba aku diserang dengan soalan yang agak membenakkan kepala aku. Dan aku dah janji dengan dorang aku akan buat satu post khas untuk menjawab segala persoalan yang dipersoalkan. Baca.

‘Sifat manusia diklasifikasikan sebagai unik atau pelik?’


Mengikut kamus dewan edisi ke-4 (kalau tak silap), unik adalah:
tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa: justeru inilah yg membuat revolusi Indonesia itu satu revolusi yg ~; dlm setiap tamadun ini, ter-dapat cara-cara yg ~ bagaimana manusia pd zaman itu menyimpan akaun dan mem-buat aritmetik; keunikan perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam.
dan pelik pula adalah:
1 tidak biasa atau tidak lazim dilihat; aneh; ganjil: barang yg ~-~. 2 tidak mudah difahami; susah; rumit: perkataan yg ~-~. 3 berasa hairan: Saya ~ memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. memelikkan menyebabkan (berasa) pelik; menganehkan; menghairankan. kepelikan keadaan pelik.

Jadi unik (sumber gambar)


Ok. Daripada makna di atas, apa yang dapat aku konklusikan adalah unik merupakan benda yang belum ada, belum wujud lagi dekat alam ni. Manakala pelik merupakan benda yang dah ada, dah wujud dah pun dekat dalam alam ni CUMA benda tu jarang dapat kita lihat, pegang, rasa, etc. 

So, balik dekat soalan tadi. Sifat manusia ni pelik ke unik? Sesetengah keadaan kita boleh pakai pelik dan sesetengahnya adalah unik. Akan tetapi, SEBAHAGIAN BESARNYA, MOSTLY, sifat ni lebih enak diklasifikasikan sebagai unik. 

Sebab apa? Sebab sifat ni lebih kepada cara seseorang untuk mengekspresikan diri mereka. Cara mereka tersendiri. Dan semestinya cara tersebut hanya diketahui oleh pemilik badan tersebut. Hanya dia saja yang tahu. Dan atas sebab itulah sifat ni lebih berbentuk unik kerana hanya tuan badan sahaja yang tau macam mana nak mengekspresikan sifat mereka.
Sila beri tumpuan penuh dekat word yang dah diboldkan kalau korang nak paham apa yang aku cuba terangkan.

Ok la. Senang cerita macam ni. Sebelum nak mengklasifikasikan sesuatu, tanya dulu. Adakah sifat yang kau nak klaskan itu pernah kau nampak sebelum ini atau tidak. Kalau ya, ianya pelik. Kalau tidak, ianya unik. Senang.
case closed!!

*Tak payahlah sibuk-sibuk nak tiru sifat orang lain; kononnya nak jadi bustin jieber bagai. Tu semuanya poseur. Bullshit. Menipu diri. Plastik belaka*
you can be anything but not PLASTIC

Matrikulasi


Ya. Memang. Memang aku ni graduan matrikulasi. Sebab tu aku tak rasa janggal cerita topik ni. Mula-mula memang tak boleh percaya jugak la. Result spm aku yang terbarai pun dapat surat tawaran. Setelah aku mengetahui yang budak matrikulasi  diberikan ‘gula-gula’ berupa elaun, aku terus mempedulikan mulut-mulut puaka yang mempropakan bahawa matrikulasi ni umpama masuk neraka dunia, dan terus terima tawaran tu. Hell, yes. Memang matrikulasi ni macam neraka. Itupun untuk korang-korang yang lembik, lemah, dan orang-yang-selalu-termakan-dengan-propa. Kalau kau dah termasuk dalam golongan macam tu, duduk kat rumah pun tak boleh nak bernafas. Think positive. Buka minda tu sikit. Jangan selalu sangat ikut dengan propa-propa yang entah bila nak tamatnya.
Mulut tempayan boleh ditutup, tapi jangan diharap mulut-mulut puaka akan tertutup. Tidak akan tutup.

Apapun, dekat matrikulasi memang asyik. Dah la dengan ‘gula-gula’nya, silap-silap dekat universiti nanti korang lagi muda dari junior. Ya. Memang. Memang aku akui agak mencabar belajar dekat sini. Dah pun namanya belajar, mana-mana pun susah.  Macam bapak aku pernah cakap:
Kalau tak nak susah belajar, berhenti. Pergi apply bawak lori ‘hantu’. tak membazir duit bapak, siap dapat duit lagi.

Sejak dari tu aku terus memotivasikan diri. Lagi-lagi orang macam aku ni. Dah la datang dari sekolah harian kampung. Kalau aku sebut pun korang hanya mampu nganga, tutup mulut, dan sebut “oooooo”. Tiba-tiba kena campur dengan budak-budak elitan. Datang dari boarding school yang terkenal. Siap dengan uniform tersendiri lagi. Dafuq!!! Setahu aku, uniform sekolah dekat malaysia ni ada satu je. Putih (untuk budak biasa. Pengawas semua belakang cerita). Ni siap berbati-batik bagai. Tu la kau, kampung sangat. Akan tetapi, sekampung-kampung aku pun, lepas jugak azab dekat sana setahun.

Kekadang aku terkilan juga dengan situasi dimana budak-budak kampung seringkali dimomokkan bahawa matrikulasi ni macam haram susahnya. Sampai mereka, jangan kata nak masuk, suruh apply pun tak nak. Padahal result spm mencanak perginya. Macam aku cakap (read: tulis) tadi, dekat mana-mana pun susah. Tak nak susah pergi buat apa yang bapak aku suruh. Senang. Mungkin budak dari sekolah elitan tak rasa benda ni semua. Yela. Semuanya bijak-bijak belaka katakan. Selagi ada tempat yang boleh apply, selagi itulah nak disumbatkannya. Aku harap budak-budak lepasan spm jangan lepaskan peluang. Selagi boleh apply, apply. Biasiswa tu semua. Selagi boleh mintak, mintak. Dapat ke tidak, belakang punya cerita.

*Teringat masa form 5. Kelas aku takda seorang pun yang apply matrikulasi. Lagi beberapa hari nak deadline, kaunselor sound satu kelas. Semua terkial-kial nak beli no pin. Nostalgia*
selagi korang berusaha, selagi itulah tangga kejayaan setia menunggu korang untuk memijakinya.

Introduksi

Blog ini hanyalah sebuah blog yang dipindahkan dari blog #matapensil atas sebab-sebab tertentu (boleh rujuk di sini).