Sedang aku berbalah-balah comment dekat status member aku, tiba-tiba aku diserang dengan soalan yang agak membenakkan kepala aku. Dan aku dah janji dengan dorang aku akan buat satu post khas untuk menjawab segala persoalan yang dipersoalkan. Baca.
‘Sifat manusia diklasifikasikan sebagai unik atau pelik?’
Mengikut kamus dewan edisi ke-4 (kalau tak silap), unik adalah:
tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa: justeru inilah yg membuat revolusi Indonesia itu satu revolusi yg ~; dlm setiap tamadun ini, ter-dapat cara-cara yg ~ bagaimana manusia pd zaman itu menyimpan akaun dan mem-buat aritmetik; keunikan perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam.
dan pelik pula adalah:
1 tidak biasa atau tidak lazim dilihat; aneh; ganjil: barang yg ~-~. 2 tidak mudah difahami; susah; rumit: perkataan yg ~-~. 3 berasa hairan: Saya ~ memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. memelikkan menyebabkan (berasa) pelik; menganehkan; menghairankan. kepelikan keadaan pelik.
| Jadi unik (sumber gambar) |
Ok. Daripada makna di atas, apa yang dapat aku konklusikan adalah unik merupakan benda yang belum ada, belum wujud lagi dekat alam ni. Manakala pelik merupakan benda yang dah ada, dah wujud dah pun dekat dalam alam ni CUMA benda tu jarang dapat kita lihat, pegang, rasa, etc.
So, balik dekat soalan tadi. Sifat manusia ni pelik ke unik? Sesetengah keadaan kita boleh pakai pelik dan sesetengahnya adalah unik. Akan tetapi, SEBAHAGIAN BESARNYA, MOSTLY, sifat ni lebih enak diklasifikasikan sebagai unik.
Sebab apa? Sebab sifat ni lebih kepada cara seseorang untuk mengekspresikan diri mereka. Cara mereka tersendiri. Dan semestinya cara tersebut hanya diketahui oleh pemilik badan tersebut. Hanya dia saja yang tahu. Dan atas sebab itulah sifat ni lebih berbentuk unik kerana hanya tuan badan sahaja yang tau macam mana nak mengekspresikan sifat mereka.
Sila beri tumpuan penuh dekat word yang dah diboldkan kalau korang nak paham apa yang aku cuba terangkan.
Ok la. Senang cerita macam ni. Sebelum nak mengklasifikasikan sesuatu, tanya dulu. Adakah sifat yang kau nak klaskan itu pernah kau nampak sebelum ini atau tidak. Kalau ya, ianya pelik. Kalau tidak, ianya unik. Senang.
case closed!!
*Tak payahlah sibuk-sibuk nak tiru sifat orang lain; kononnya nak jadi bustin jieber bagai. Tu semuanya poseur. Bullshit. Menipu diri. Plastik belaka*
you can be anything but not PLASTIC
No comments:
Post a Comment