Thursday, 26 July 2012

Kispen: Respektasi

'nombor yang anda dail tidak mengangkat panggilan anda. sila cuba lagi'. Empat kali aku melayan operator tu ulang benda yang sama. Sah. Memang sah tido. Cuba lagi. Dapat tembus talian. Akhirnya.

"jadi tak hari ni?"
"hmm"
"err. pegi la siap dulu. nanti text aku. aku datang"
"hmm"

Setengah jam berjalan. Mesej masuk.

'ak da siap. dtg la'      10:57AM, 26 Jul

Capai kunci. Pandu ke rumah dia. Nampak dia dari jauh, satu perkataan saja yang muncul difikiran aku. BARU. Dari atas kepala hingga ke bawah kaki serba baru. Baru beli mungkin. Tapi yang pasti aku baru nampak. Ah, biarkan. Anak muda. Darah masih panas, Masih pekat merahnya. 

Bergerak ke rumah kawan aku lagi satu. Hari ini aku adalah pemandu. Pemandu untuk mereka dan diri aku. Demi kawan. Tak kesah. Lalu, menuju ke sekolah lama untuk mengambil sijil yang sudah lama terperap di arkib sekolah. Harap masih ada lagi.
Selesai urusan pejabat, teringin berjumpa cikgu yang pernah mengajar dahulu. Lepas rindu, tanya khabar. Selepas setahun lebih meninggalkan sekolah. Ah, kenangan dahulu terimbas.

Sedang menaiki tangga terserempak dengan Pn. Biologi. Ingin aku sapa, tapi cikgu lain lebih pantas. Mereka sibuk berbual. Aku berhenti melangkah untuk memberi ruang kepada mereka. Terasa belakang aku ditolak. Mungkin tertolak akibat reaksi aku tadi. Aku pusing. Dua orang pelajar tingkatan 2. Mungkin. Aku cuba senyum kembali. Tiba-tiba, seorang dari mereka bersuara, "nak jalan, jalan jela. nak takut apa!"  -.-

No comments:

Post a Comment