*Percubaan pertama untuk puisi Haiku. Pedulikan peraturan-peraturan yang lain, janji bentuk yang sama sudah memadai.
andai ku tahu
hati satu mu itu
akan ku paku
gah bersuara
kau dan kau sama saja
kami terseksa
mencari tenang
digelap kemalaman
tidak ketemu
panji bertebar
kempen diperteruskan
minta dipangkah
Tuesday, 23 April 2013
Tuesday, 16 April 2013
Salah, Kosong
salah
terasa amat salah terhadap kau
sedang puas aku hiraukan lenang diriku
kau laung jeritan yang tidak terjerit
ah, senti egoku terlalu tinggi
saat aku leka
kau diperuk cerukkan di ruangan gelap
saat aku lalai
kau dihampar biarkan di tebaran
saat aku cuai
kau dipenyek lenyekkan di bawah yang hina
ah, senti pentingkau terlampau besar
aku rabak mencari hilangnya diri kau
sedang aku tersedak dari lenang
terasa amat kosong tanpa kau
kosong
terasa amat salah terhadap kau
sedang puas aku hiraukan lenang diriku
kau laung jeritan yang tidak terjerit
ah, senti egoku terlalu tinggi
saat aku leka
kau diperuk cerukkan di ruangan gelap
saat aku lalai
kau dihampar biarkan di tebaran
saat aku cuai
kau dipenyek lenyekkan di bawah yang hina
ah, senti pentingkau terlampau besar
aku rabak mencari hilangnya diri kau
sedang aku tersedak dari lenang
terasa amat kosong tanpa kau
kosong
Labels:
TidakBerformat
Harap
Aku ingat lagi kali terakhir aku lihat kau. Waktu tu dekat terminal bas. Aku hantar kau pulang ke Selatan. Masa tu, aku dapat rasa yang kau ingin beritahu sesuatu. Sesuatu yang mungkin merubah segalanya. Tapi mungkin kau tak cukup berani ketika itu. Tak berani untuk mengatakan sesuatu itu. Takpa, aku paham, aku mengerti. Aku pun begitu, selalu. Tapi untuk poin yang lain, mungkin.
Aku pusing, langkah. Hanya tiga langkah diperlukan untuk kau membuat aku toleh kembali. Kau memanggilku. Waktu itulah kau beri aku rantai kunci kepada aku. Bentuk beruang. Comel. Cukup comel untuk buatkan aku tersenyum. Tapi masih berani kau masih tidak cukup untuk kau bersuara. Aku melambai dan terus pergi. Pergi dengan tiada rasa. Kosong. Sifar.
Di stesen komuter, aku terima mesej. Dengan berbekalkan warna merah di lambang bateri, aku terus buka dan ianya dari kau. Waktu tu mungkin berani kau sudah cukup barangkali. Aku duga. Kau luahkan segalanya. Kau ceritakan sehabisnya. Aku balas sedayanya. Tidak mampu sepenuhnya. Apakan daya. Sampai sekarang masih aku tak mampu menghadap mesej kau. Aku masih tak pasti bagaimana seharusnya reaksi yang perlu dikeluarkan oleh aku. Segala mesej yang kau beri selepas hari itu aku hanya pandang, baca, biar dan buang. Aku tak tahu apa yang perlu dibalaskan. Aku tak pasti apa yang perlu diterangkan. Apa yang aku tahu, aku bersalah sangat pada kau. Aku tahu yang aku tak sepatutnya diam sebegitu. Tapi aku takut. Aku takut kalau-kalau aku salah ayat untuk diberikan pada kau. Sejarah aku membuatkan aku jadi macam ni. Aku jadi terlampau takut untuk bergerak. Takut-takut bila aku bergerak nanti aku akan terpilih jalan yang sama seperti dulu. Terpilih untuk lakonkan balik sejarah yang dulu. Tak sanggup aku.
Sampai sekarang kau masih tidak berhenti mencuba. Dan sampai sekarang jugalah aku masih tidak berhenti sembunyi. Aku masih tidak jumpa formula untuk berdepan dengan mesej kau apatah lagi kau yang sebenar. Masih mencari. Masih menggali. Harapnya aku, satu hari nanti bila jumpanya formula itu, kau masih ingin jumpa aku. Masih ingin lihat aku. Untuk aku terangkan segala kegelapan yang telah aku gelapkan.
*Rantai kunci beruang masih kemas tergantung di lampu meja aku =)
Labels:
TidakBerformat
Saturday, 13 April 2013
Terfikir
Terfikir
Kenapa baru sekarang kau kesah
Sampai terhantarnya surat ambil kesah kau tu
Pelik
Terfikir
Kalau dia pula yang ambil tempat kau
Dia mungkin ke buat apa yang kau buat sekarang ni
Risau
Masing-masing manusia, pusing-pusing
Jangan hanya waktu engkaurang perlukan kami saja yang engkaurang kesah akan kami
Ingat, kami akan selalu
Terfikir
Labels:
TidakBerformat
Wednesday, 10 April 2013
Eleksi
ingatnyalah
dengan menyekat
kau dapat menghalang?
kau silap
kini bukan dulu
bukan lagi komputer berkotak
bukan lagi skrin berpetak
bukan lagi pengharapan tv siBatak
jika disekat
mereka ada media sendiri
mereka ada akhbar sendiri
mereka ada cara sendiri
tak perlu dimohon untuk benda yang tak pasti
dan kau pula
biarlah berpada
biarlah mengena
jangan sampai menghina
jangan sampai hilang percaya
sebab kadangkala kulihat
semangat kau terlebih
fanatik kau terlebih
sifat kebencian kau terlebih
ya, semuanya terlebih
sangat
jangan biarkan kami memilih sesuatu yang tak perlu dipilih
Labels:
TidakBerformat
Kispen: Silap
Lihat jam. Sepuluh sengah malam. Lapar. Lapar yang sejaknya dari petang. Sengaja aku melewatkan pengenyangan. Sebab aku tahu, aku ada cipta satu prinsip dimana makin lewat hari makin sikit manusia di kafe. Prinsip itu dicipta sebab aku malas bersemuka dengan muka-muka di kafe. Maaf. Aku tak reti bergaul. Aku tak pandai bersosial. Itu adalah ciri aku. Dan aku perlu patuhi. Pasti.
Capai dompet. Bergerak ke kafe. Terpaksa. Di pintu kafe, terlihat muka yang sangat aku kenal. Ya, sangat pasti aku kenal muka tersebut. Tanpa berlengah, tanpa keraguan aku menegur. Mengurangkan ketidakpandaian pergaulan aku. Nampak aku berusaha disitu? huhh. Dia memandang aku. Kerut. Memandang belakang. Kerut. Memandang kawan. Kerut. Dia teruskan langkah. -.-
Capai dompet. Bergerak ke kafe. Terpaksa. Di pintu kafe, terlihat muka yang sangat aku kenal. Ya, sangat pasti aku kenal muka tersebut. Tanpa berlengah, tanpa keraguan aku menegur. Mengurangkan ketidakpandaian pergaulan aku. Nampak aku berusaha disitu? huhh. Dia memandang aku. Kerut. Memandang belakang. Kerut. Memandang kawan. Kerut. Dia teruskan langkah. -.-
Labels:
Kispen
Tuesday, 9 April 2013
Susur Masa
aku dijadikan teman borakmu
tak pernah lelah
tak pernah penat
kau tetap memilihku untuk diceritakan luahan isi hati kau
aku dijadikan kertas diarimu
tak pernah lupa
tak pernah tinggal
kau tetap memilihku untuk dicoretkan kronologi kisah hidup kau
aku dijadikan beg penumbukmu
tak pernah puas
tak pernah cukup
kau tetap memilihku untuk dilempiaskan segala sumpah geram kau
tapi tak terpikirkah oleh kau?
betapa meluatnya orang
betapa menyampahnya orang
hanya kerana cara kau mempergunakan aku
cara yang tidak kena pada tempatnya
maafkan aku
Labels:
TidakBerformat
Saturday, 6 April 2013
Cerpen: Kocek Masa
Rabu, 2:57 malam.
Habis berkerja. Habis berdrama. Habis berpura. Segala sifat kontra aku sudah habis ditaburkan kepada klien-klien aku demi helaian kertas. Sudah aku hampar sepenuhnya hijab di hadapan semua. Sudah aku sorok-rapikan semua maklumat yang sebetulnya. Sudah aku pusing-belitkan semua kisah yang diminta oleh klien-klien aku. Supaya mereka, sipenerima, menerima kisah-kisah dongeng dari sipemberi seperti aku. Supaya dapat aku penuhkan hasrat klien-klien aku untuk aku penuhkan kocek aku. Kocek yang tak pernah dan tak akan penuh bagi seorang manusia. Tapi aku tidak kesah. Tidak peduli. Persetankanlah nilai moral. Sebab aku tahu. Aku pasti. Ramai lagi umat seperti aku. Umat yang hanya pentingkan penuhnya kocek mereka tanpa memikir nasib yang bakal menimpa. Biarkan. Malas difikirkan.
Cuba untuk rehatkan diri untuk hadap esok hari. Hari yang pasti akan penuh dengan kedustaan. Baring. Lena.
Terdengar pekikan. Aku tersentak, tersentap. Tersentap dari mimpi. Aku lihat isteriku menangis sambil memandang ke arah kereta yang dipakir di garaj hadapan. Merah. Pecah. Marah. Ya, aku sedang marah. Sibangsat mana yang berhati kering untuk lakukan benda ni terhadap orang seperti aku. Semulia aku. Sedarjat aku. Sedikit respek terbit. Arghhhh. Ternampak kumpulan fail. Kenal sangat akan fail tersebut. Fail yang telah menaikkan jawatan aku dan fail itu juga boleh menurunkan darjat aku. Darjat yang telah aku bina sekian lama. Cepat-cepat aku ambil, sorok dan terus ke bilik bacaan. Ya, aku tinggalkan isteri aku. Aku hilang rasional seketika. Siapa-siapa juga akan begitu jika mereka di tempat aku. Dalam bilik, selongkar fail. Aku kenal benar dengan fail ini. Fail kes yang termustahak yang pernah aku uruskan. Dan juga penipuan yang paling dosa yang pernah aku laksanakan. Terselit nota ringkas. Rapi tulisannya.
‘Terkejut? Kau ingat dah cukup tebal hijab yang kau ada. Dah cukup rapi apa yang kau sorokkan. Dah cukup belit kisah yang kau taburkan. Kau silap. Sebelum hilang percaya tiap-tiap manusia dalam negara ini, baik kau buat sesuatu. Sesuatu yang mana tiap-tiap manusia dalam Negara ini patut tahu.
Oh ya. Lupa perkenalkan diri. Aku ialah penjaga kocek masa. Datangnya aku untuk memberi gambaran masa depan. Memberi amaran kepada kau. Supaya kau jelas tentang nasib depan kau. Faham?’
Dunia aku kelam. Gelap. Terdengar pekikan. Sekali lagi. Tapi lebih dekat, lebih bingit. Buk! Aku tergolek ke lantai.
“Laaa. Awat abang tidoq dekat sofa ni ha. Malam tadi balik pukul berapa. Awat tak kejut saya”.
Khamis, 2:57 petang.
Sir Maikel Afgal telah membuat satu kenyataan tergempar dimana beliau ingin meletak jawatan sebagai ketua polis negara. Serta merta.
Jumaat, 2:57 petang.
Setainli MakDonal telah membuat satu kenyataan tergempar dimana beliau ingin meletak jawatan sebagai presiden negara. Serta merta.
Nota: Cerpen: Kocek Masa ni ditampilkan dalam ZineSatuMalam: Kocek. Siapa-siapa yang ingin muat turun zine tersebut bolehlah ke sini. Bersama kita hargai karya tempatan.
Nota: Cerpen: Kocek Masa ni ditampilkan dalam ZineSatuMalam: Kocek. Siapa-siapa yang ingin muat turun zine tersebut bolehlah ke sini. Bersama kita hargai karya tempatan.
Labels:
Cerpen
Subscribe to:
Comments (Atom)