Tuesday, 16 April 2013

Harap


Aku ingat lagi kali terakhir aku lihat kau. Waktu tu dekat terminal bas. Aku hantar kau pulang ke Selatan. Masa tu, aku dapat rasa yang kau ingin beritahu sesuatu. Sesuatu yang mungkin merubah segalanya. Tapi mungkin kau tak cukup berani ketika itu. Tak berani untuk mengatakan sesuatu itu. Takpa, aku paham, aku mengerti. Aku pun begitu, selalu. Tapi untuk poin yang lain, mungkin.
Aku pusing, langkah. Hanya tiga langkah diperlukan untuk kau membuat aku toleh kembali. Kau memanggilku. Waktu itulah kau beri aku rantai kunci kepada aku. Bentuk beruang. Comel. Cukup comel untuk buatkan aku tersenyum. Tapi masih berani kau masih tidak cukup untuk kau bersuara. Aku melambai dan terus pergi. Pergi dengan tiada rasa. Kosong. Sifar.
Di stesen komuter, aku terima mesej. Dengan berbekalkan warna merah di lambang bateri, aku terus buka dan ianya dari kau. Waktu tu mungkin berani kau sudah cukup barangkali. Aku duga. Kau luahkan segalanya. Kau ceritakan sehabisnya. Aku balas sedayanya. Tidak mampu sepenuhnya. Apakan daya. Sampai sekarang masih aku tak mampu menghadap mesej kau. Aku masih tak pasti bagaimana seharusnya reaksi yang perlu dikeluarkan oleh aku. Segala mesej yang kau beri selepas hari itu aku hanya pandang, baca, biar dan buang. Aku tak tahu apa yang perlu dibalaskan. Aku tak pasti apa yang perlu diterangkan. Apa yang aku tahu, aku bersalah sangat pada kau. Aku tahu yang aku tak sepatutnya diam sebegitu. Tapi aku takut. Aku takut kalau-kalau aku salah ayat untuk diberikan pada kau. Sejarah aku membuatkan aku jadi macam ni. Aku jadi terlampau takut untuk bergerak. Takut-takut bila aku bergerak nanti aku akan terpilih jalan yang sama seperti dulu. Terpilih untuk lakonkan balik sejarah yang dulu. Tak sanggup aku. 
Sampai sekarang kau masih tidak berhenti mencuba. Dan sampai sekarang jugalah aku masih tidak berhenti sembunyi. Aku masih tidak jumpa formula untuk berdepan dengan mesej kau apatah lagi kau yang sebenar. Masih mencari. Masih menggali. Harapnya aku, satu hari nanti bila jumpanya formula itu, kau masih ingin jumpa aku. Masih ingin lihat aku. Untuk aku terangkan segala kegelapan yang telah aku gelapkan.



*Rantai kunci beruang masih kemas tergantung di lampu meja aku =)

No comments:

Post a Comment