Saturday, 12 April 2014

Benang

eh awak! kenapa awak berdarah darah ni. kesiannya lah awak. meh saya letak ubat, meh.
ehh... dalam sangat luka awak ni. kena jahit kalau macam ni punya dalamnya. ishh, awak ni kan.
tunggu sini, nanti saya pergi ambil benang dan jarum saya. awak tunggu sini kejap tau. kejap je.
tahan sikit luka tu.

:)

awak... awak tahan sikit ye awak. saya nak tutupkan balik luka awak ni. teruk sangat dah ni. 
kenapa boleh luka sampai macam ni sekali? kesian saya tengok awak. itulah awak, lain kali
jangan la baik hati sangat sampai diri awak sendiri pun awak tak ambil kesah. dah jadi macam 
ni, awak jugak yang sakit, kan? nasib baik saya jumpa awak. kalau tak, tak tau la apa jadi
dengan awak ni. hmmm

:)

haa... dah siap dah pun. macam mana? ada rasa okay sikit tak? lepas ni jangan gerak gerak sangat.
kang luka balik karang. kalau boleh, awak duduk je sebelah saya ni. jangan nak pergi mana mana.
nanti senang, kalau ada apa apa yang jadi dekat awak nanti, saya boleh tengok tengokkan.

:)

awak... maaf. saya minta maaf. saya kena pergi ni. awak pun tau, kan? kan bagus kalau saya
jumpa awak lebih awal lagi. awal sebelum awak terluka. awal lagi sebelum saya dirawat dari
luka. tapi, semuanya dah jadi. dah tertulis dah pun, kan awak? saya tahu awak kuat. saya ambil
balik benang saya, ye awak. awak tahan sikit tau, saya nak keluarkan balik benang ni. err err...
awak awak... awak ambil tisu ni. tahan sikit darah awak tu. banyak pulak saya tengok dia keluar.
tahan sikit ek darah tu. nanti tak lama lagi ada la tu orang tolong jahitkan balik. saya harap dia
jahit lagi lawa dari yang saya jahit dulu. awak sabar, ye?
bye. terima kasih, awak.

:')

Monday, 24 March 2014

Cerpen Twitter: #KisahEca2.0

-tamat- #KisahEca

lalu, eca pun teruskan berjalan dengan baba eca dalam taman yang semunya lengkap. #KisahEca

"okay!" balas eca sambil mulutnya menjilat sisa sisa aiskrim potong kacang merah itu. #KisahEca

bebel pakcik berjanggut mencari alasan untuk taknak mengemop lantai tu nanti. #KisahEca

... kalau tak jumpa lagi pun, puas hati dapat rasa sedap dia macam mana. tak gitu?" #KisahEca

"habis tu, kau nak biar dia cair meleleh macam tu je. kalau ye pun, kasi la telan sampai habis... #KisahEca

kata eca sambil hujung jari kakinya mengutil ngutil batu dilantai dan muka yang mencebik. #KisahEca

... kalau habis, nanti eca tak tau, eca dapat tak lagi nak jumpa aiskrim yang sedap macam ni lagi." #KisahEca 

"pakcik berjanggut... kalau eca terus makan aiskrim potong kacang merah ni, nanti habis la dia masuk dalam perut eca... #KisahEca

... kang bersemut, pakcik juga kena mopkannya nanti. haihhh" pakcik berjanggut cakap sambil geleng kepala kiri dan kanan. #KisahEca

seorang pakcik berjanggut perasan apa yang eca buat. lalu, dia datang dekat eca. "eca... dah kenapa dibiarkan meleleh aiskrim tu... #KisahEca

tapi, sampai satu bahagian aiskrim yang mencair, eca terhenti. eca tenung aiskrim potong kacang merah dengan fokus yang tinggi. #KisahEca

eca jadi suka. dijilat aiskrim potong kacang merah itu dengan bahagianya. kalau diikut gaya eca menjilat, nampak macam sedap la. #KisahEca

baba eca pun mengalah demi kesihatan eca. dibelinya lah eca aiskrim potong kacang merah berharga seringgit. #KisahEca

sekali lagi eca ugut baba eca, kalau eca tak dapat aiskrim pakcik bermotosikal tu, eca mogok taknak makan sayur selamanya. #KisahEca

sedang eca jalan jalan, dari jauh eca ternampak pakcik bermotosikal yang berpayung sedang menjual aiskrim. #KisahEca

eca jalan jalan dekat dalam taman dengan baba eca. ada manusia. ada sampah. ada bunga. ada tahi. semuanya lengkap. #KisahEca

Monday, 24 February 2014

Cerpen Twitter: #KisahEca

- tamat - #KisahEca

selepas teguran tu, pakcik berjanggut geleng kiri kanan empat kali dan eca memandang pakcik berjanggut dengan pandangan penyesalan. #KisahEca

dah tu kenapa nak dibelinya patung beruang bertali leher yang sebesar dua pemeluk manusia tu? tak ke kurang cerdik namanya." #KisahEca

"eca.. eca kan dah tahu yang eca tu sekecil paras pinggang orang dewasa je, #KisahEca

tapi ada seorang pakcik berjanggut nampak apa eca buat, pakcik berjanggut pun tegur eca. #KisahEca

jadinya, eca ambil keputusan nak letak patung beruang bertali leher dekat tempat yang banyak sampah. biar lega semua beban. #KisahEca

lama lama eca penat. eca tak nak mengheret patung beruang bertali leher tu lagi. besar kot patung beruang bertali leher tu. #KisahEca

tiap tiap hari eca heret patung beruang bertali leher tu sampai legam jugak la jadinya. kesian patung beruang bertali leher tu. #KisahEca

sukanya eca dekat patung beruang bertali leher sampaikan kemana mana pun diheretnya patung beruang bertali leher tu. #KisahEca

demi kesejahteraan keluarga, baba eca pun belikan eca patung beruang bertali leher tu. eca pun jadi suka. #KisahEca

lalunya eca ugut baba eca untuk beli patung beruang bertali leher tu kalau tak eca mogok tak mahu tengok tivi sama sama. #KisahEca

satu hari, eca ada jumpa patung beruang bertali leher yang sebesar dua pemeluk manusia. eca suka sangat sangat. #KisahEca

ada mitos mengatakan kecilnya tubuh eca hanya sekecil paras pinggang orang dewasa normal. kecil sungguh kan tubuh eca? #KisahEca

eca seorang budak kecil berumur 5 tahun. eca punya kecil tak terhad dekat umurnya, malahan tubuhnya juga kecil. #KisahEca

jaga jaga, ada kisah pilu aku nak cerita ni. #KisahEca

Thursday, 6 February 2014

Andai dapat aku temui Rasulullah s.a.w

dunia semakin sakit dengan kerosakan
manusia semakin perit dengan kebinasaan
hari-hari yang dilalu, seakan sisa laku yang hanya rugikan pelaku
jika hari-harinya tiada apa untuk diteladani
jika perilakunya tidak disandar pada contoh yang paling diagungi

ya, peribadimu terlalu tinggi
tingginya luhur peribadimu amat perlu bagi kami
peribadi yang mana dapat sembuhkan sakit di dunia
peribadi yang mana dapat hilangkan perit para manusia

diharapnya kami, para manusia di dunia
dapat menghiasi kembali hidup-hidup kami dengan peribadimu dengan sedalam-dalam kecintaan terhadapmu
agar segala kebinasaan dan kerosakan yang berlaku pada zaman ini
dapat diganti dengan keindahan dan kesucian yang berlaku pada zamanmu, suatu masa dahulu

dan andainya dapat bertemu denganmu
tidakkah itu perkara yang paling beruntung bagi kami
kerana dengan bertemu dirimu
kami dapat rasa sendiri kehebatan peribadimu, ya Rasulullah




___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Yang ni aku hantar masuk Peraduan Menulis Karangan Bebas "Andai dapat aku temui Rasulullah s.a.w". Dan ya, rezeki takda, hanya dapat pengalaman saja.

*karya peserta lain boleh tekan di sini.
**bila baca balik yang lain, memang patut tak menang pun T.T

Wednesday, 22 January 2014

aku manusia bosan

aku manusia bosan
dihadapnya aku, tak bisa berbicara
hanya senyap menjadi hubung keduanya
walau tinggi tebal kamus ayat-ayat
hanya terkeluar dari huruf yang ditekan-tekan

aku manusia bosan
senyum itu terkadang tidak tergaris
hanya rakam batu-batu kecil di jalanan
layaknya aku digelar bongkak
tapi bagaimana aku, cirinya sudah begitu

aku manusia bosan
sendiri itu amat paling aku perlu
sunyi itu amat paling aku rindu
kerna aku belum puas memuaskan diriku
bagaimana mungkin aku bisa puaskan dirimu?

tapi diingat

aku juga manusia biasa
senyap aku perlu kamu untuk dipecahkan
senyum aku perlu kamu untuk ditertawakan
sunyi aku perlu kamu untuk diriuhkan

tapi adakah mungkin kamu bertahan denganku?

kerna aku manusia bosan


Tuesday, 21 January 2014

Guru

Guru

Hehh, skema.

Cikgu. Haaa!



Dulu, aku pernah anggap yang cikgu-cikgu yang ngajar kita 7-8 tahun yang lepas tak akan mungkin boleh ingat budak-budak yang pernah dia ngajar dulu. Tak mungkin. Mustahil. Immpossible. Mau taknya, satu kelas lebih kurang 20-30 murid, paling kurang dia ngajar 4-5 kelas dan dikalikan dengan 7-8 tahun pusingan? Banyak tak banyak la nama nak diingatnya.

Tapi.

Tadi aku ada urusan dekat sekolah. Pergi, terjumpa guru yang ngajar aku dulu.
Dan ya, dia masih ingat aku *senyum*
Dan ya, aku lupa nama dia *nangis*
Tak guna punya murid. Dasar murid tak ingat jasa *lagikuatnangis*

Baru sedar, sebenarnya dekat cikgu dengan muridnya lagi dekat dari dekat murid dengan cikgunya. Ya, ini metafora. Jangan diambil pembaris, ukur *pusingmata (baca: rolleyes)*
Aku lihat balik la kan, masa dia dengan kita lagi banyak dari masa dia dengan keluarga. Satu.
Balik rumah, ambil lagi sikit masa dia dengan keluarga sebab nak tanda kerja rumah kita. Itupun tak siap. Dua.
Kadang-kadang hujung minggu ada acara itu acara ini lagi. Datang lagi ke sekolah. Tiga.
Dah dekat nak periksa penting dibuatkan lagi kelas tambahan. Itupun ada yang menyungut (kata dasar sungut[?]). Empat.
Meeting  dengan orang-orang atas pasal kita, dia jugaklah yang cover salah kita. Lima.
Waktu makan, bercerita lagi pasal kita sebab pening kepala hadap perangai kita. Enam.
Ada sikit masa lapang kena pikirkan lagi strategi macam mana nak jadikan kita power dalam pelajaran. Tujuh.
*lapan dan seterusnya boleh tanya cikgu anda sendiri. aku takda pengalaman jadi cikgu. aku yakin kiraan dia panjang*

Tapi kita?
Menyungut. Satu. Habis.
Dari kena datang ke kelas, masuk kelas, duduk dalam kelas, nampak cikgu jalan ke kelas, dapat kerja sekolah dalam kelas, kena datang tambahan punya kelas, semua nak dibuat penyungutan[?].
Ohh ya, kena ganti 'kita' dekat atas tu dengan 'aku', rasanya *lagilagikuatnangis*



Ingat.
Nak jadi cikgu susah. Nak dikasi ilmu sampai paham memang susah. Jadinya, kita sebagai peminta ilmu ni kena sedar diri kita sebagai peminta. Adab nak cari ilmu, adab dengan pemberi ilmu. Jaga. Darjat cikgu dengan kita tinggi. Jaga. Ingat tiap kata, jasa diorang. Mungkin klise, tapi memang betul pun kalau takda diorang, kita ni takda apa. Kosong. Nak bangga pun tak boleh (eh?)

Sama-samalah beringat  :)






*aku yakin sungut tu wujud sebab aku selalu guna. korang pun kena yakin dengan aku. haaa!!!*

Thursday, 2 January 2014

apa yang kau sumbang?

tiba-tiba terlintas, "selama aku hidup ni, apa yang aku dah sumbangkan dekat agama aku?"


teringat dulu, abah aku pernah cakap
"sekolah agama lagi tinggi markah dari sekolah atas, nanti dah besar nanti jadi ustaz la kalau macam ni."
entah kenapa, saat ini baru aku terasa sesalnya tak ikut cakap abah aku dulu.
tapi, perancangan ALLAH kita tak boleh nak duga. DIA tahu apa yang paling terbaik untuk setiap sorang hamba-hambaNYA.
ada hikmat yang aku tak nampak. aku pasti!

sekarang, aku hanya mampu kuatkan asas yang dah berterabur sampai dah tak nampak tapak dia dah.
aku perlu kutip seberapa ilmu untuk diisikan dalam hati yang masih kosong ini.
dan yang paling aku harap, aku dapat kekalkan dan terus-terusan kekalkan agar nanti tak perlu aku cari lagi apa yang hilang (itupun kalau diberi peluang lagi, ya ALLAH... T.T)


*pesanan bersama: selagi kita masih ada detik untuk bernafas, selagi itulah kita masih ada peluang untuk berubah. jangan pernah sia-siakan peluang. kita tak akan boleh tahu nasib depan kita, kan? :)