Sunday, 31 March 2013

Review majalah: Majalah Aspirasi (MA)

Nota: Ini adalah review dari seorang yang amat jarang membaca majalah dan juga dari seorang yang belum pernah membaca Majalah Aspirasi (MA) edisi yang sebelumnya. Jadi ingat, review  ini hanyalah pandangan dari seorang yang kurang arif dalam dunia penerbitan majalah.

(Sumber gambar di sini)


Pertama, bagi aku muka hadapan adalah perkara yang amat penting bagi setiap majalah/buku. Lagi menarik muka hadapan, lagi tertarik orang untuk menyelak dalaman. Dan untuk MA, ianya sudah cukup untuk menarik aku untuk baca isi dalamnya. Konsep. Reka letak. Semua ok bagi aku. Dan yang menariknya, cara tema majalah diketengahkan. Kreatif.

Kedua, peranan gambar pelajar-pelajar dekat bahagian hadapan sungguh berkesan untuk aku membaca majalah. Walaupun aku tahu yang muka aku mustahil untuk berada dalam ruangan tu, tapi aku tetap gigih untuk meneliti satu-satu gambar dekat situ. Mana tau ada juga muka-muka yang aku kenal. Itu kalau aku. Kalau orang lain yang sudah pasti mukanya akan terpampang dekat situ, cuba bayangkan kegigihannya tinggi mana pula. 

Ketiga, aku nak puji cara penyusunan artikel. Separuh yang pertama untuk perkara-perkara yang serius dan untuk separuh yang berikutnya untuk perkara-perkara yang lebih santai. Nice. Tapi sejujurnya lah, untuk separuh yang pertama aku hanya melihat-lihat gambar dan hanya baca ayat-ayat yang dihighlightkan saja. Mungkin aku masih belum sampai seru untuk baca perkara-perkara serius sebegitu. Tapi aku mengharap perkara tersebut masih dikekalkan. Aku tahu, bila seru telah tiba, aku akan mencarinya.

Keempat, artikel-artikel untuk separuh kedua untuk majalah ini amat menarik. Isu-isu yang dikeluarkan sesuai la dengan kehidupan pelajar dekat UKM ni. Cuma apa yang aku perasan, cara penulisan untuk sesetengah artikel boleh diperkemaskan lagi. Isu dah mantap, mantapkan lagi gaya penulisan. 

Kelima, apa yang aku perasan mengenai UKM, UKM merupakan unversiti yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam bidang seni kebudayaan. Teater. Tarian. Nyanyian. Dan macam-macam lagi. Aku rasa isu-isu kebudayaan UKM boleh diperbanyakkan lagi.

Keenam, aku perasan ada dua puisi (tak pasti) yang dimuatkan dalam majalah ni dan ianya tidak puas bagi aku. Tak cukup. Memandangkan UKM merupakan satu-satunya universiti yang mengutamakan bahasa kebangsaan. Jadi tak salah bagi aku untuk mengkhaskan satu ruang untuk bahasa kebangsaan dalam majalah ni. 

Ketujuh, mungkin boleh dibuat satu ruang untuk laman sosial. Memandangkan dunia sekarang mewajibkan setiap seorang mempunyai laman sosial, aku rasa ruangan ini mungkin dapat menaikkan tarikan pembaca. Mungkin boleh diberi satu isu dan dalam ruangan tersebut akan siarkan komen-komen yang menarik. Sebenarnya aku amat berharap untuk ruangan khas para Blogger. Setahu aku dulu sebelum aku masuk UKM, UKM ada komuniti blogger tersendiri. Tapi bila aku dah masuk sekarang, dah hilang dah aku rasa komuniti tu. Mungkin dengan cara ini dapat hidupkan balik komuniti tersebut.

Kelapan, aku perasan dekat akhir majalah ada ruang untuk 'Top 5 drama/series eropah pilihan pelajar UKM'. Mungkin boleh ditambah ruangan untuk bahan bacaan/novel pilihan pelajar UKM. Sekurangnya dapat juga mempromosikan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Kesembilan, aku dapat feedback dari sesetengah pelajar yang mereka kurang berpuas hati untuk ruangan 'aktiviti kolej-kolej kediaman' sebab tidak kesemua kolej kediaman masuk dalam ruangan tersebut. Aku tak tahu dimana silapnya. Tapi bagi aku ini merupakan salah satu kelemahan besar untuk majalah ni. Mungkin boleh diambil perhatian untuk edisi akan datang.

Aku rasa setakat ini sahajalah. Keseluruhannya, aku seronok membaca majalah ini. Yalah, dah aku belajar di UKM, pasti aku nak tahu apa yang berlaku dalam UKM. Dan melalui majalah inilah aku dapat tahu kesemua tu. 

Dan sekali lagi nak diingatkan, ini merupakan review dari seorang yang amat jarang membaca majalah dan juga dari seorang yang belum pernah membaca Majalah Aspirasi (MA) edisi yang sebelumnya. Segala pandangan adalah dari seorang yang kurang arif dalam dunia penerbitan majalah.

Thursday, 28 March 2013

Projek: #satusatu MuntahRasa

Projek #satusatu MuntahRasa.

Merupakan projek 'kata' yang diihamkan oleh salah seorang penulis yang aku respek penulisannya; Khairulnizam Bakeri. Projek ini tidak bermaksud aku ingin meniru beliau.  Bukan juga ingin menciplak hasil seni beliau. Tetapi, konsepnya terlalu cantik bagi aku. Terlalu indah. Jadi, aku ingin melihat sendiri kecantikannya, keindahannya dengan lebih dekat. Dan atas sebab tersebut, aku telah memulakan projek ini. Ingin juga berterima kasih pada seseorang yang telah memberi sedikit sebanyak buah fikiran dan sekaligus mem'push' aku untuk mulakan projek ini.

Asalnya projek ini telah dimuatkan dalam #matapensil ni, tetapi aku lihat sedikit janggal kerana konsep blog tidak sesuai dengan projek ini kerana jumlah ayat yang terlampau sedikit bagi penulisan di blog. Jadi, aku mengalihkan projek ini ke media yang lebih sesuai iaitu Tumblr.

Diharap aku, projek ini tidak menjadi sehangat tahi. Tidak kiralah tahi siapa sekalipun. 
Projek #satusatu MuntahRasa boleh dirasa di sini.

Wednesday, 27 March 2013

Muntah Rasa 003

Idea dibina. Indah tersusun, gah terasa. Terminat akan konsepnya. Mohon diguna.

Tuesday, 26 March 2013

Review buku: KELABU

( sila habiskan pembacaan buku dahulu untuk kepuasan maksima )





KELABU. Sebelum aku dapat pegang, beli, baca buku ni, dah banyak feedback-feedback positif yang keluar dari para pembaca. Ya, aku tahu. Aku terlampau lewat untuk membaca buku ni. Tapi, macam aku pernah dengar, lebih baik lewat dari tak dapat.

Ok. Pertama sekali, bahasa yang digunakan adalah bahasa 20102011. Bila aku baca, aku dapat rasa pembahasaannya umpama bahasa di zaman tersebut. Bahasa yang aku boleh kelaskan sebagai bahasa mudah. Bahasa senang. Bahasa sempoi. Bahasa yang boleh mengundang grammar nazi untuk bersuara. Tapi itulah kelebihan buku ni. Bahasa yang mudah untuk pembaca 'masuk' kedalam cerita. Korang boleh dapat rasa macam yang si penulis menceritakan cerita ni melalui kata bukan tulisan. Kuat benar metafora aku. Biarkan.

Mengenai penceritaan, kebanyakan bahagian aku dah boleh jangka sebelum membacanya. Agak malang bagi aku. Kejutan tiada. Akan tetapi, aku berjaya ditipu. Dan aku sangat yakin, sangat pasti, pembaca lain pun kena tipu bulat-bulat untuk separuh yang pertama. Yang tu aku tak dapat jangka. Aku tak nak la bagitahu apa yang dapat menipu aku. Aku nak biarkan, sapa-sapa yang belum baca lagi buku ni rasa apa yang aku rasa. Rasa ditipu. Tapi korang tak akan dapat rasa geram sebab penipuan tersebut mengenai sesuatu yang mengundang rasa yang pelik. Rasa yang tak dapat nak dijelaskan. Hanya ditipu saja dapat rasainya. Jadi, baca.

Satu lagi daya penarik buku ni ialah konsepnya. Konsep tipu dalam tipu. Bagaimana seseorang sanggup menipu untuk dapatkan sesuatu. Tetapi penipuan tersebut dibuat untuk penipuan yang lebih besar. Dan penipuan tersebut telah buatkan dirinya menipu dirinya sendiri. Bila diri dia tipu diri sendiri, diri orang lain pun akan ditipu olehnya. Bila semua ditipu, pembaca pun akan dilibatkan sekali untuk merasai penipuan tersebut. Dan bila semua, dari watak sampai ke pembaca ditipu, cerita ni jadi cerita tipu. Dan aku pun sedang menipu korang disaat ni. kahkahkah. Tak, sebenarnya aku tipu ja ayat last tu. Yang lain korang baca la sendiri kalau nak tau.

Bagi aku buku ni hanya boleh terlayan oleh wanita-wanita dan lelaki seperti aku sahaja. Definisi lelaki seperti aku, hanya aku sorang je yang tau. Ayat dalam buku ni begitu manis untuk para pembaca. Sebab itu aku rasa hanya ada kelas-kelas manusia yang tertentu sahaja dapat layan sampai habis. Yang lain aku dapat rasakan mereka tak akan dapat menanggung tahap kemanisan bahasa dalam buku ni. Aku ingat lagi satu bahagian dan aku rasa itu jela bahagian yang aku masih ingat sampai sekarang sebab impak dialog dekat bahagian tu sangat mendalam. Tertusuk. Bahagian dekat hotel di Melaka bila si Aku cakap 

"Kita ada dua pilihan. Pilihan pertama, you tido dalam bilik dan I tido dalam kereta, sebab ada satu bilik je tinggal kat sini. Pilihan kedua, you tido dalam kereta... while I drive us back to KL."
m/s: 116

Dan aku terasa seperti, awwww. Ahh, persetankan ego aku. Aku memang rasa macam tu waktu tu. Ego aku roboh seketika. Dan aku tak sesalkannya. 

*sesiapa yang ingin dapatkan KELABU boleh klik sini. Jangan risau, aku tak diberi komisen.

Monday, 25 March 2013

Kispen: Makmal

Sama seperti Isnin Isnin aku yang sebelumnya. Masih lesu. Masih lesi. Pukul 2 tajam (baca: sharp) dah diwajibkan menghadap wayar-wayar, perintang-perintang, dan mesin-mesin. Makmal. 
Kali ini lebih parah. Dengan teorinya entah bila diajarinya, tiba-tiba disuruh mempraktikkan. Ya, aku tau. Aku faham. Benda ni dah diajar masa peringkat yang lebih rendah. Tapi, aku seorang manusia normal. Manusia normal tak akan boleh kekalkan memori yang tak berapa indah sehingga begitu lama. Mungkin ada yang boleh. Tapi itu bagi manusia yang kurang normal. Manusia genius. Tapi aku bukan. Maaf. Betul-betul maaf.
Setelah berpenat lelah menyiaptambah komponen-komponen litar, aku yakin, aku pasti segala koneksi yang aku cantum adalah tepat. Tepat mengikut manual. Ya, sangat pasti. Aku teruskan ke langkah seterusnya, langkah di mana kotak perintang dekad perlu dilaraskan mengikut suka kita sehingga meter-multi memaparkan nilai 0 voltan. Ahh, korang tak perlu faham semua ni. Aku pun tak faham, jangan diharap aku nak biarkan korang faham. Faham?
Laras sekali. Salah. Laras dua kali. Salah lagi. Ingin laras kali ketiga, aku dah tau hasil dia apa. Langsung aku tak laras. Datang si penguasa. Diberi sedas dua nasihat. Nasihat yang memeritkan telinga. Terpaksa terima. Habis di rombaknya litar aku. Jahanam. Penat badan aku saja buat tadi. Kalau tau, baik aku suruh kau buat dari awal. Selesai merombak, dia melaras. Menjadi. Bangga. Si penguasa pergi. 
Ingin melaras kali kedua, terperasan sesuatu. “Woi, ada satu wayar tak sambung la ngok” -.-

Cerpen: Earth Hour

Seperti kebiasaan petang-petang yang lain, Z sibuk menyemak susur masa laman Twitternya. Bagi dia, kalau tak dibuka Twitter selang 3 jam sekali, umpama duduk di dalam botol selama 5 minit. Tak boleh bernafas. Kalau boleh, Z ingin tahu kesemua kisah hidup jiran dia, kisah hidup kekasih dia, kisah hidup orang yang dia stalk, senang cerita kisah hidup semua benda hidup atas bumi ini. Tapi yang penting kisah pulak aku tentang hidup dia. Lantak dia la nak selak kain sapa.
Sedang asyik belek-membelek, Z tertarik dengan satu tweet.

PB. @PencintaBumi                                                                                                                  36s
Earth Hour malam ni. 8:30-9:30. Jangan dok keras diri. Peka sikit apa jadi dekat bumi sekarang !                                                Expand

“Eleh. Setakat sokong selama sejam pastu langsung takda kesedaran tak guna jugak. Pegi arwah la kau dengan earth hour kau tu. Dasar cari publisiti” kata Z kepada laptopnya.
Gila seketika. Bagi Z, semua tweet yang dikeluarkan dari orang yang dia follow kesemuanya hipokrit semata. Mencapub katanya. Aku agak Z memang tak pernah tengok cermin. Ahh lantak dia la. Setelah sedar bahawa hari sudah gelap, Z segera bersiap-siap untuk mandi. Sesampai di bilik air, kosong. Seorang pun tiada di dalamnya. Terdetik rasa cuak dalam hatinya.
“Selalu berebut budak-budak ni nak mandi. Hari ni sorang pun takda. Pelik” kata Z kepada kepala paip.
Gila sekali lagi. Z mulakan rutin wajib ketika mandi, menyanyi. Hari ini lebih puas sebab takda sapa-sapa nak menkritik betapa sakitnya jiwa bila dengar dia nyanyi. Cuma terdengar sipi-sipi cicitan dari cicak yang mungkin terseksa jiwanya. Itupun hampir tidak kedengaran sebab tenggelam dengan suara sumbang Z. Nyanyi punya nyanyi punya nyanyi. PUPP! Keadaan sekeliling menjadi gelap semendadak. Z terkejut, terkincit serta merta. Reaksi yang normal bagi setiap manusia kalau ditempat Z. Tak perlu dihairankan. Z mati akal. Tak tau apa nak direaksikannya. Segala ilmu kemahiran hidup yang dipelajarinya dulu hilang serta merta. Z menjadi gabra.
“Woi. Bukak la lampu. Kalau nak earth hour pun padam lampu bilik sudah la. Yang pegi padam lampu bilik air dah kenapa” tak tau Z berkata kepada siapa kali ni. Pintu mungkin.
Tapi keadaan masih kekal sebegitu. Gelap. Z semakin cuak. Kalau dada dia dibelah, boleh nampak bersungguh betul jantung dia berdegup. Tiba-tiba. Tanpa derapan anak kaki. BANG! Pintu bilik air sebelah ditutup dengan kuatnya. Ngenyiet ngenyiet. Bunyi pili shower kedengaran disusuli bunyi air mencurah jatuh.

“Woi. Sapa tu ha? Jangan la memain time cenggini. Tak lawak la woi” jerit Z.
Tapi tiada sahutan dari bilik air sebelah. Z semakin kecut. Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup suara wanita. Suara wanita yang sedang menyanyi lagu Cindai. Kalau Dato’ Siti yang nyanyi pun punyalah lembut, kali ni suara wanita tu berkali-kalilah lembut. Wanita kah? Z semakin gerun.
“Woi. Dah la. Jangan memain lagi. Bukak la lampu sial” teriak Z.
Tapi, suara tersebut tidak hiraukan makian Z malah makin galak menyanyi. Tidak semena-mena, entah apa yang lawaknya, suara tersebut gelak dengan seramnya. Har har har. Har har har. Z lagi jadi semakin takut. Gelakan tersebut makin lama makin kuat. Makin lama makin annoying. Makin lama makin hampir. Makin lama makin berada di atas kepala Z. Z memberanikan hati takutnya untuk mendongak keatas. Dan atas keberanian yang tak bertempat tu Z terlihat satu mahluk yang tak dapat didescribekan rupa dia. Mungkin terlampau cuak sampai tak dapat ingat rupanya bagaimana. Kalau secara kasarnya, seolah-olah seperti muka si Ju-On versi wanita. Warna merah mengelilingi mata hitamnya. Muka putih tanpa sebarang calar. Rambut panjang mengurai hingga ke bahu. Yang paling penting, tanpa senyuman dibibirnya walau hakikatnya dia tengah gelak disaat itu. Bagaimana dilakukannya, Z pun tidak pasti. Tidak pula dia bertanya.

Tanpa sempat mencapai apa-apa, Z terus berlari keluar dalam keadaan hina. Bogel. Dan PANG! Sekali lagi Z ternampak mahluk tersebut di cermin tandas. Terlentok-lentok kepalanya kekiri kekanan. Menaikkan mod seram ketika itu. Z cuba menjauhkan diri sejauh yang mungkin dari mahluk tersebut. Jelas benar kesungguhan dia ketika itu. Mungkin seperti sudah tertulis, Z hilang keseimbangan diri akibat selipar yang sudah tidak nampak bunga di tapaknya. Itulah, berkali mak Z pesan untuk menukarnya. Tapi tidak juga ditukar ganti. Sayang benar dengan seliparnya itu. Tapi sayang selipar tidak kemana. Kini dirinya sedang merana. Ha, rasakannya. Akibat dari ketidakseimbangan diri serta emosinya ketika itu, debuk, kepala Z terhantuk ke sinki. Otak kehilangan fungsi. Z terlantar puas di lantai. Darah pekat laju mengalir likat dari setiap lubang yang terdapat di kepala Z. Makin lama makin deras. Suara gelakkan makin kuat kedengaran. Gelakan puas.                                                                                            
Keesokan harinya, terpampang jelas di muka hadapan Harian Metroll ‘Remaja mati terlanjang disebabkan prank Earth Hour’.