Nota: Ini adalah review dari seorang yang amat jarang membaca majalah dan juga dari seorang yang belum pernah membaca Majalah Aspirasi (MA) edisi yang sebelumnya. Jadi ingat, review ini hanyalah pandangan dari seorang yang kurang arif dalam dunia penerbitan majalah.
(Sumber gambar di sini)
Kedua, peranan gambar pelajar-pelajar dekat bahagian hadapan sungguh berkesan untuk aku membaca majalah. Walaupun aku tahu yang muka aku mustahil untuk berada dalam ruangan tu, tapi aku tetap gigih untuk meneliti satu-satu gambar dekat situ. Mana tau ada juga muka-muka yang aku kenal. Itu kalau aku. Kalau orang lain yang sudah pasti mukanya akan terpampang dekat situ, cuba bayangkan kegigihannya tinggi mana pula.
Ketiga, aku nak puji cara penyusunan artikel. Separuh yang pertama untuk perkara-perkara yang serius dan untuk separuh yang berikutnya untuk perkara-perkara yang lebih santai. Nice. Tapi sejujurnya lah, untuk separuh yang pertama aku hanya melihat-lihat gambar dan hanya baca ayat-ayat yang dihighlightkan saja. Mungkin aku masih belum sampai seru untuk baca perkara-perkara serius sebegitu. Tapi aku mengharap perkara tersebut masih dikekalkan. Aku tahu, bila seru telah tiba, aku akan mencarinya.
Keempat, artikel-artikel untuk separuh kedua untuk majalah ini amat menarik. Isu-isu yang dikeluarkan sesuai la dengan kehidupan pelajar dekat UKM ni. Cuma apa yang aku perasan, cara penulisan untuk sesetengah artikel boleh diperkemaskan lagi. Isu dah mantap, mantapkan lagi gaya penulisan.
Kelima, apa yang aku perasan mengenai UKM, UKM merupakan unversiti yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam bidang seni kebudayaan. Teater. Tarian. Nyanyian. Dan macam-macam lagi. Aku rasa isu-isu kebudayaan UKM boleh diperbanyakkan lagi.
Keenam, aku perasan ada dua puisi (tak pasti) yang dimuatkan dalam majalah ni dan ianya tidak puas bagi aku. Tak cukup. Memandangkan UKM merupakan satu-satunya universiti yang mengutamakan bahasa kebangsaan. Jadi tak salah bagi aku untuk mengkhaskan satu ruang untuk bahasa kebangsaan dalam majalah ni.
Ketujuh, mungkin boleh dibuat satu ruang untuk laman sosial. Memandangkan dunia sekarang mewajibkan setiap seorang mempunyai laman sosial, aku rasa ruangan ini mungkin dapat menaikkan tarikan pembaca. Mungkin boleh diberi satu isu dan dalam ruangan tersebut akan siarkan komen-komen yang menarik. Sebenarnya aku amat berharap untuk ruangan khas para Blogger. Setahu aku dulu sebelum aku masuk UKM, UKM ada komuniti blogger tersendiri. Tapi bila aku dah masuk sekarang, dah hilang dah aku rasa komuniti tu. Mungkin dengan cara ini dapat hidupkan balik komuniti tersebut.
Kelapan, aku perasan dekat akhir majalah ada ruang untuk 'Top 5 drama/series eropah pilihan pelajar UKM'. Mungkin boleh ditambah ruangan untuk bahan bacaan/novel pilihan pelajar UKM. Sekurangnya dapat juga mempromosikan budaya membaca dalam kalangan pelajar.
Kesembilan, aku dapat feedback dari sesetengah pelajar yang mereka kurang berpuas hati untuk ruangan 'aktiviti kolej-kolej kediaman' sebab tidak kesemua kolej kediaman masuk dalam ruangan tersebut. Aku tak tahu dimana silapnya. Tapi bagi aku ini merupakan salah satu kelemahan besar untuk majalah ni. Mungkin boleh diambil perhatian untuk edisi akan datang.
Aku rasa setakat ini sahajalah. Keseluruhannya, aku seronok membaca majalah ini. Yalah, dah aku belajar di UKM, pasti aku nak tahu apa yang berlaku dalam UKM. Dan melalui majalah inilah aku dapat tahu kesemua tu.
Dan sekali lagi nak diingatkan, ini merupakan review dari seorang yang amat jarang membaca majalah dan juga dari seorang yang belum pernah membaca Majalah Aspirasi (MA) edisi yang sebelumnya. Segala pandangan adalah dari seorang yang kurang arif dalam dunia penerbitan majalah.

No comments:
Post a Comment