KELABU. Sebelum aku dapat pegang, beli, baca buku ni, dah banyak feedback-feedback positif yang keluar dari para pembaca. Ya, aku tahu. Aku terlampau lewat untuk membaca buku ni. Tapi, macam aku pernah dengar, lebih baik lewat dari tak dapat.
Ok. Pertama sekali, bahasa yang digunakan adalah bahasa 20102011. Bila aku baca, aku dapat rasa pembahasaannya umpama bahasa di zaman tersebut. Bahasa yang aku boleh kelaskan sebagai bahasa mudah. Bahasa senang. Bahasa sempoi. Bahasa yang boleh mengundang grammar nazi untuk bersuara. Tapi itulah kelebihan buku ni. Bahasa yang mudah untuk pembaca 'masuk' kedalam cerita. Korang boleh dapat rasa macam yang si penulis menceritakan cerita ni melalui kata bukan tulisan. Kuat benar metafora aku. Biarkan.
Mengenai penceritaan, kebanyakan bahagian aku dah boleh jangka sebelum membacanya. Agak malang bagi aku. Kejutan tiada. Akan tetapi, aku berjaya ditipu. Dan aku sangat yakin, sangat pasti, pembaca lain pun kena tipu bulat-bulat untuk separuh yang pertama. Yang tu aku tak dapat jangka. Aku tak nak la bagitahu apa yang dapat menipu aku. Aku nak biarkan, sapa-sapa yang belum baca lagi buku ni rasa apa yang aku rasa. Rasa ditipu. Tapi korang tak akan dapat rasa geram sebab penipuan tersebut mengenai sesuatu yang mengundang rasa yang pelik. Rasa yang tak dapat nak dijelaskan. Hanya ditipu saja dapat rasainya. Jadi, baca.
Satu lagi daya penarik buku ni ialah konsepnya. Konsep tipu dalam tipu. Bagaimana seseorang sanggup menipu untuk dapatkan sesuatu. Tetapi penipuan tersebut dibuat untuk penipuan yang lebih besar. Dan penipuan tersebut telah buatkan dirinya menipu dirinya sendiri. Bila diri dia tipu diri sendiri, diri orang lain pun akan ditipu olehnya. Bila semua ditipu, pembaca pun akan dilibatkan sekali untuk merasai penipuan tersebut. Dan bila semua, dari watak sampai ke pembaca ditipu, cerita ni jadi cerita tipu. Dan aku pun sedang menipu korang disaat ni. kahkahkah. Tak, sebenarnya aku tipu ja ayat last tu. Yang lain korang baca la sendiri kalau nak tau.
Bagi aku buku ni hanya boleh terlayan oleh wanita-wanita dan lelaki seperti aku sahaja. Definisi lelaki seperti aku, hanya aku sorang je yang tau. Ayat dalam buku ni begitu manis untuk para pembaca. Sebab itu aku rasa hanya ada kelas-kelas manusia yang tertentu sahaja dapat layan sampai habis. Yang lain aku dapat rasakan mereka tak akan dapat menanggung tahap kemanisan bahasa dalam buku ni. Aku ingat lagi satu bahagian dan aku rasa itu jela bahagian yang aku masih ingat sampai sekarang sebab impak dialog dekat bahagian tu sangat mendalam. Tertusuk. Bahagian dekat hotel di Melaka bila si Aku cakap
"Kita ada dua pilihan. Pilihan pertama, you tido dalam bilik dan I tido dalam kereta, sebab ada satu bilik je tinggal kat sini. Pilihan kedua, you tido dalam kereta... while I drive us back to KL."
m/s: 116
Dan aku terasa seperti, awwww. Ahh, persetankan ego aku. Aku memang rasa macam tu waktu tu. Ego aku roboh seketika. Dan aku tak sesalkannya.
*sesiapa yang ingin dapatkan KELABU boleh klik sini. Jangan risau, aku tak diberi komisen.
No comments:
Post a Comment