Monday, 25 March 2013

Cerpen: Earth Hour

Seperti kebiasaan petang-petang yang lain, Z sibuk menyemak susur masa laman Twitternya. Bagi dia, kalau tak dibuka Twitter selang 3 jam sekali, umpama duduk di dalam botol selama 5 minit. Tak boleh bernafas. Kalau boleh, Z ingin tahu kesemua kisah hidup jiran dia, kisah hidup kekasih dia, kisah hidup orang yang dia stalk, senang cerita kisah hidup semua benda hidup atas bumi ini. Tapi yang penting kisah pulak aku tentang hidup dia. Lantak dia la nak selak kain sapa.
Sedang asyik belek-membelek, Z tertarik dengan satu tweet.

PB. @PencintaBumi                                                                                                                  36s
Earth Hour malam ni. 8:30-9:30. Jangan dok keras diri. Peka sikit apa jadi dekat bumi sekarang !                                                Expand

“Eleh. Setakat sokong selama sejam pastu langsung takda kesedaran tak guna jugak. Pegi arwah la kau dengan earth hour kau tu. Dasar cari publisiti” kata Z kepada laptopnya.
Gila seketika. Bagi Z, semua tweet yang dikeluarkan dari orang yang dia follow kesemuanya hipokrit semata. Mencapub katanya. Aku agak Z memang tak pernah tengok cermin. Ahh lantak dia la. Setelah sedar bahawa hari sudah gelap, Z segera bersiap-siap untuk mandi. Sesampai di bilik air, kosong. Seorang pun tiada di dalamnya. Terdetik rasa cuak dalam hatinya.
“Selalu berebut budak-budak ni nak mandi. Hari ni sorang pun takda. Pelik” kata Z kepada kepala paip.
Gila sekali lagi. Z mulakan rutin wajib ketika mandi, menyanyi. Hari ini lebih puas sebab takda sapa-sapa nak menkritik betapa sakitnya jiwa bila dengar dia nyanyi. Cuma terdengar sipi-sipi cicitan dari cicak yang mungkin terseksa jiwanya. Itupun hampir tidak kedengaran sebab tenggelam dengan suara sumbang Z. Nyanyi punya nyanyi punya nyanyi. PUPP! Keadaan sekeliling menjadi gelap semendadak. Z terkejut, terkincit serta merta. Reaksi yang normal bagi setiap manusia kalau ditempat Z. Tak perlu dihairankan. Z mati akal. Tak tau apa nak direaksikannya. Segala ilmu kemahiran hidup yang dipelajarinya dulu hilang serta merta. Z menjadi gabra.
“Woi. Bukak la lampu. Kalau nak earth hour pun padam lampu bilik sudah la. Yang pegi padam lampu bilik air dah kenapa” tak tau Z berkata kepada siapa kali ni. Pintu mungkin.
Tapi keadaan masih kekal sebegitu. Gelap. Z semakin cuak. Kalau dada dia dibelah, boleh nampak bersungguh betul jantung dia berdegup. Tiba-tiba. Tanpa derapan anak kaki. BANG! Pintu bilik air sebelah ditutup dengan kuatnya. Ngenyiet ngenyiet. Bunyi pili shower kedengaran disusuli bunyi air mencurah jatuh.

“Woi. Sapa tu ha? Jangan la memain time cenggini. Tak lawak la woi” jerit Z.
Tapi tiada sahutan dari bilik air sebelah. Z semakin kecut. Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup suara wanita. Suara wanita yang sedang menyanyi lagu Cindai. Kalau Dato’ Siti yang nyanyi pun punyalah lembut, kali ni suara wanita tu berkali-kalilah lembut. Wanita kah? Z semakin gerun.
“Woi. Dah la. Jangan memain lagi. Bukak la lampu sial” teriak Z.
Tapi, suara tersebut tidak hiraukan makian Z malah makin galak menyanyi. Tidak semena-mena, entah apa yang lawaknya, suara tersebut gelak dengan seramnya. Har har har. Har har har. Z lagi jadi semakin takut. Gelakan tersebut makin lama makin kuat. Makin lama makin annoying. Makin lama makin hampir. Makin lama makin berada di atas kepala Z. Z memberanikan hati takutnya untuk mendongak keatas. Dan atas keberanian yang tak bertempat tu Z terlihat satu mahluk yang tak dapat didescribekan rupa dia. Mungkin terlampau cuak sampai tak dapat ingat rupanya bagaimana. Kalau secara kasarnya, seolah-olah seperti muka si Ju-On versi wanita. Warna merah mengelilingi mata hitamnya. Muka putih tanpa sebarang calar. Rambut panjang mengurai hingga ke bahu. Yang paling penting, tanpa senyuman dibibirnya walau hakikatnya dia tengah gelak disaat itu. Bagaimana dilakukannya, Z pun tidak pasti. Tidak pula dia bertanya.

Tanpa sempat mencapai apa-apa, Z terus berlari keluar dalam keadaan hina. Bogel. Dan PANG! Sekali lagi Z ternampak mahluk tersebut di cermin tandas. Terlentok-lentok kepalanya kekiri kekanan. Menaikkan mod seram ketika itu. Z cuba menjauhkan diri sejauh yang mungkin dari mahluk tersebut. Jelas benar kesungguhan dia ketika itu. Mungkin seperti sudah tertulis, Z hilang keseimbangan diri akibat selipar yang sudah tidak nampak bunga di tapaknya. Itulah, berkali mak Z pesan untuk menukarnya. Tapi tidak juga ditukar ganti. Sayang benar dengan seliparnya itu. Tapi sayang selipar tidak kemana. Kini dirinya sedang merana. Ha, rasakannya. Akibat dari ketidakseimbangan diri serta emosinya ketika itu, debuk, kepala Z terhantuk ke sinki. Otak kehilangan fungsi. Z terlantar puas di lantai. Darah pekat laju mengalir likat dari setiap lubang yang terdapat di kepala Z. Makin lama makin deras. Suara gelakkan makin kuat kedengaran. Gelakan puas.                                                                                            
Keesokan harinya, terpampang jelas di muka hadapan Harian Metroll ‘Remaja mati terlanjang disebabkan prank Earth Hour’.  

No comments:

Post a Comment