Monday, 25 March 2013

Kispen: Makmal

Sama seperti Isnin Isnin aku yang sebelumnya. Masih lesu. Masih lesi. Pukul 2 tajam (baca: sharp) dah diwajibkan menghadap wayar-wayar, perintang-perintang, dan mesin-mesin. Makmal. 
Kali ini lebih parah. Dengan teorinya entah bila diajarinya, tiba-tiba disuruh mempraktikkan. Ya, aku tau. Aku faham. Benda ni dah diajar masa peringkat yang lebih rendah. Tapi, aku seorang manusia normal. Manusia normal tak akan boleh kekalkan memori yang tak berapa indah sehingga begitu lama. Mungkin ada yang boleh. Tapi itu bagi manusia yang kurang normal. Manusia genius. Tapi aku bukan. Maaf. Betul-betul maaf.
Setelah berpenat lelah menyiaptambah komponen-komponen litar, aku yakin, aku pasti segala koneksi yang aku cantum adalah tepat. Tepat mengikut manual. Ya, sangat pasti. Aku teruskan ke langkah seterusnya, langkah di mana kotak perintang dekad perlu dilaraskan mengikut suka kita sehingga meter-multi memaparkan nilai 0 voltan. Ahh, korang tak perlu faham semua ni. Aku pun tak faham, jangan diharap aku nak biarkan korang faham. Faham?
Laras sekali. Salah. Laras dua kali. Salah lagi. Ingin laras kali ketiga, aku dah tau hasil dia apa. Langsung aku tak laras. Datang si penguasa. Diberi sedas dua nasihat. Nasihat yang memeritkan telinga. Terpaksa terima. Habis di rombaknya litar aku. Jahanam. Penat badan aku saja buat tadi. Kalau tau, baik aku suruh kau buat dari awal. Selesai merombak, dia melaras. Menjadi. Bangga. Si penguasa pergi. 
Ingin melaras kali kedua, terperasan sesuatu. “Woi, ada satu wayar tak sambung la ngok” -.-

No comments:

Post a Comment