Sunday, 29 December 2013

Pengharapan (samb.)


rasa, bilamana rasa, kau tak layak untuk rasa, rasa itu, tapi kau tak akan mampu rasa, bagaimana rasa, kau tak lagi rasa, rasa itu.




pernah aku mengharap,
"ya ALLAH, kalau benarlah dia adalah teman hidup untuk ku, kalau benarlah dia diciptakan untuk berkasih dengan ku, KAU berikanlah dia rasa apa yang aku rasa saat aku teringat akan dia. Tapi... kalau aku bukanlah yang terbaik untuk dia, kalau aku hanyalah pengganggu hidup dia, KAU hilangkanlah rasa apa yang aku rasa saat aku teringat akan dia"

dan masih, sehingga ke saat ini aku masih mengharap yang aku berharap benda yang sama sebab aku masih lagi merasa rasa yang sama. tapi... bila dilihat, aku dia, aku hanya mampu senyum lihat besarnya beza.

kini aku mengharap,
"ya ALLAH, sesungguhnya aku sangat bersyukur pada-MU sebab hadirnya dia dalam hidup aku semuanya telah dirancang oleh KAU. Dan diatas perancangan KAU itulah, aku yang dulunya berada jauh dari KAU, kini cuba untuk mendekati KAU. Terima kasih, ya ALLAH. Terima kasih :) Dan, diatas rasa yang aku rasa ini, ya ALLAH, sekiranya dia merupakan jodoh bagiku, aku mohon agar KAU tangguhkan detik di hati ini sehingga mana aku benar-benar mampu. Dan sekiranya bukanlah jodoh bagiku, aku mohon agar KAU segera hilangkan detik di hati ini dan kuatkanlah aku untuk lalui takdir-MU, ya ALLAH. Sesungguhnya aku hanya hamba-MU yang lemah untuk menidakkan kurniaan rasa yang KAU bagi. Dan aku hanya hamba-MU yang lemah dalam perancangan untuk kehidupan aku sendiri. Sesungguhnya KAU lah sebaik-baik perancang." 

Friday, 27 December 2013

Sayang. Cinta

sayang. cinta.

kalau aku buka topik pasal sayang, pasal cinta aku gerenti ramai yang akan rasa geli. Word sayang dengan cinta tu pun dah cukup mual dah sebenarnya :D
Klise bagi manusia, pandang sayang dan cinta hanya wujud antara dua individu, lelaki dan perempuan.
Kamon laaa. Cuba dipandang sayang itu sebagai satu simbol penyatuan, simbol kedamaian, pasti rasa geli itu hilang. Malah yang ramai itulah yang akan meminta-minta sayang itu bertebaran. Cinta itu bersepahan. Kannn?
Ke, korang tak nampak lagi ni? Takpa, takpa. Pelan pelan jalan. Nanti korang nampaklah betapa pentingnya kuasa sayang dalam hidup kita sekarang ni.

Kalau korang nak tahulah kan, kuasa sayang ni kuat sebenarnya. Aku cerita sikit.
Pagi-pagi buta, aku selalu nampak ada sorang pakcik ni jalan sorang-sorang dalam gelap. Jalan dia sorang-sorang pergi ke masjid, berjemaah. Masjid pun bukannya dekat. Aku kasi anggaran lebih kurang macam dari burhan nak ke FPEND. Haaa, sapa budak UKM jela dapat anggarkan. Yang lain, pandai-pandai datang UKM sini. Aku boleh tunjuk.
Nampak? punya gigihnya lah pakcik sorang ni. Gigih tak gigihnya, tiap kali masuk waktu-waktu yang lain pun dia akan jalan kaki ke masjid, berjemaah.
Tua campur gelap campur berulang kali, tak ke bahaya campur penat jadinya. Tapi, sebab rasa sayangnya dekat tuhan, rasa cintanya dekat pencipta, aku tak rasa pakcik tu mengeluh sebab penat. Aku tak rasa pakcik tu kesah tentang bahaya.
Hebat betul rasa sayang pakcik ni. Rasa cintanya terhadap Allah :)
Terpikir, kalau nak dibandingkan aku dengan pakcik tu, kiranya aku lagi lemah la dari pakcik tu. Yela, boleh dikira berapa kerat sangat aku pergi ke masjid.
Ya Allah, hinanya lah diri ini  T.T
Mintak-mintaklah satu hari nanti aku jadi kuat sekuat pakcik ni. Amiiin :)

*hembus nafas*

Lagi satu nak cerita. Aku ada kenal satu manusia hebat. Aku anggap dia hebat sebab kalau aku jumpa dia, aku mesti nak senyum. Kalau aku nampak dia, aku akan rasa senang. Rasa selesa.
Dia ni kalau nak ceritakan peribadinya, memang baik. Tersangatlah baik. Jumpa kawan, senyum, tegur. Jumpa tukang sapu, senyum, tegur. Jumpa pakcik jaga, senyum, tegur. Boleh cakap, kalau jumpa sapa-sapa sekalipun, dia akan senyum dan tegur.
Aku boleh jamin la, senyum dia tak pernah tanggal dari muka. Kalau dia tengah stress pun, dia akan cuba juga senyum. Pernah sekali tu, aku tanya pasal projek eksperimen dia, menjadi ke tidak. Dia boleh bantai gelak-gelak cakap tak jadi padahal petang tu dah nak kena bentang dah. Indah betul gaya dia taknak kasi orang keliling dia celaru :)
Aku selalu bayangkan orang-orang sekeliling aku, termasuk aku, boleh praktikkan gaya dia. Tak ke nanti bersepah-sepah rasa sayang. Tak ke nanti berteraburan rasa cinta antara manusia. Indahnya :)

Dunia sekarang ni harap saja manusia tu pakai gelaran manusia, tapi sifat manusia? Sikit-sikit hilang dari dalam diri.
Tengok saja la sekarang ni, penzaliman sini sana. Kerosakan dimana-mana. Kebencian berleluasa.
Sebenarnya, rasa sayang, rasa cinta tu dah ada dalam diri setiap manusia. Cuma ego, tamak dan sifat pentingnya diri yang halang sayang dan cinta tu nak keluar dari diri.
Ingat, kita hidup atas dunia ni bukan sorang-sorang. Mungkin saat ni kita ada dekat atas dan kita rasa kita tak perlu orang lain, tapi nanti bila dah kebawahnya kita, baru tau pentingnya orang lain itu dekat kita.
Aku taip ni pun untuk aku juga, untuk kita :)



Selagi kita hidup bermasyarakat, jangan pernah simpan rasa sayang hanya untuk diri sendiri. Sebarkanlah :)

Sunday, 15 December 2013

kuat

kuat
aku kuat
aku perlu kuat
aku mesti kuat
aku kena jadi kuat

korang... tolong aku
tolong aku jadi kuat
nanti, aku tolong korang jadi kuat juga
kita jadi kuat sama-sama
boleh?

Wednesday, 11 December 2013

kembali

kebelakangan ini,
jiwa aku telah pergi dilarikan oleh engkau
jauh... laju...
tak terkejar oleh aku yang semakin menghaus diseret waktu

aku mohon pada kau,
aku mohon yang teramat sangat
supaya kau pulangkan kembali jiwa satu ku itu

kerna aku takut,
hinanya jiwa itu,
tak terlayak oleh aku,
untuk kau bawa pergi.

Thursday, 5 December 2013

Pengharapan

aku selalu mengharapkan,

"Tuhan, kalau benarlah dia adalah teman hidup untuk ku, kalau benarlah dia diciptakan untuk berkasih dengan ku, KAU berikanlah dia rasa apa yang aku rasa saat aku teringat akan dia. Tapi... kalau aku bukanlah yang terbaik untuk dia, kalau aku hanyalah pengganggu hidup dia, KAU hilangkanlah rasa apa yang aku rasa saat aku teringat akan dia."

aku dah tak larat nak hadap rasa macam ni lagi. ya, aku memang lemah.






tapi, walaupun sakit, kadangkala perasaan ini mendamaikan. sebab... ia mendekatkan aku kepada tuhan.


terima kasih :)

Saturday, 9 November 2013

Rawak: Entahlah

entahlah. aku rasa aku sesat dalam dunia aku. aku cari apa yang tak perlu. tapi aku rasa aku sangat perlu 'apa' itu. atau aku yang tak sedar yang aku dah ada 'apa' itu. entahlah. aku dikelilingi ramai orang. kawan, sahabat, musuh, tikam dalam senyap, tak kesah, asing, cinta, kasih tak sampai, hanya terpandang dan beribu macam lagi jenis orang yang aku jumpa tapi tidak ada satu orang pun yang aku dapat betul-betul penuhkan jalan hidup aku. aku rasa kosong. kosong yang penuh keberadaan. kadang-kadang aku sendiri yang cari kosong itu. tapi aku terasa bodoh bila mana aku dapat kosong tersebut. setiap kali aku keluar, aku lihat, setiap benda ada teman/pasangan/apa-apa sahaja yang menampakkan mereka tidak keseorangan. manusia berkepit-kepitan, tren tarik-menarik, burung terbang beriringan, tin bergolek bersama, boling menghentam pinnya, aku? aku? entahlah. kadang aku selesa. kadang aku duka. kadang aku gembira. kadang aku... entahlah. aku teringin yang amat sangat satu orang pun jadilah yang bisa aku ajak pergi ke acara-acara seni atau pesta-pesta buku atau bersama mencari-cari makanan atau pergi menikmati alam-alam yang terlalu indah diluar sana. tapi sampai kehari ini aku masih belum jumpa orang itu. dan selama itulah aku bergerak secara sendiri untuk mencari keseronokkan yang aku sangat yakin ada tapi sampai sekarang masih tak jumpa-jumpa. bukan aku taknak ajak yang beribu jenis macam orang yang disekeliling aku itu, bukan aku tak cuba, sudah, sudah banyak kali sebenarnya, tapi aku rasa tak bebas dengan mereka-mereka dan aku dapat rasa, terasa yang amat sangat mereka-mereka juga tidak bebas bersama aku. entahlah. aku sangat-sangat berharap yang aku akan jumpa manusia-manusia yang sama fikiran seperti aku. supaya senang, aku dan dia sama-sama bebas bila bersama. entahlah

Tuesday, 29 October 2013

Sisi Perawat yang Masih Belum Terlihat

perawat kini sudah semakin tenat
dengan kakinya yang dah tak larat
dengan patahnya batang-batang tongkat
kini, tangan-tangan perawat pula kurang mengambil berat


tahannya perawat segala sakit yang menguat
segala muntah, segala darah cuba disekat
tapi tahap semakin lama semakin mendekat
jangan sampainya nanti, perawat mengambil tongkat, satu-satu dia sebat

Monday, 28 October 2013

Kisah Perawat Patah Tongkat

perawat yang dulu punyai kaki tak larat
tersepak batang-batang kayu terus dijadikan penongkat
tanpa jeda tanpa jangka inginkan sempurna yang hebat
seakan tertulis semua itu pasti sudah terlambat


wahai perawat, sedarkah engkau dengan tongkat engkau terlampau pantas melekat
tanpa memikir segala gerakan engkau selepas ini pasti tersekat
tersekatnya engkau dengan tongkat yang dulunya tanpa fikir engkau rembat


kini, tongkat engkau sudah hampir-hampir patah, perawat
tidakkah engkau masih sedar lagi yang kau semakin tenat
dunia orang keliling engkau rasa semakin cepat
sudahnya nanti, kaki kaki engkau, dengan rakus engkau kerat

Wednesday, 21 August 2013

Kispen: Wayang

Dari kacamata F:

“Woi, kau pegi beli tiket dulu. Tak kesah la pukul berapa, janji seat sedap.”
“Haha. Sekali sekala. Nanti mesej aku kalau kau dah beli. Okay?”

*setengah jam berlalu*

“Hall berapa ni?”
“Kasi aku seat tepi la. Privasi sikit. Kahkahkah.”
“Ramai pulak budak-budak tengok cerita ni. Bukan 18 ke?”
“Lama lah pulak iklan katun ni.”
“Lahabau apa tak habis-habis lagi iklan ni.”
“Woi, cibai apa Tin Tin! Tak guna kau game aku.” -.-




*sejam sebelum*

Dari kacamata A:

“Tak kesah la kan. Demi kawan tak kesah la aku kena beratur pepanjang macam ni.”

*sepuluh minit beratur*

“Ni kalau aku kenakan dia pun sedap jugak ni. Penat-penat aku beratur, dia entah merayap kemana entah.”
“Bang, Tin Tin 2. 10 sengah. Seat kasi jela mana-mana.” *senyum jahat*

*dua puluh minit berlalu*


"Hall 4. Seat D3 dengan 4."

"Lantak kau la nak duduk mana. Aku tengok tadi hall ni kosong je. Takde orang."
"Entah. 13 PG kot."
"..."
"..."
"KAHAHKAHKAHKAH" *gelak jahat*

Monday, 29 July 2013

Kispen: 2 manusia dan mesej

Aku tak pasti yang ke-2000 berapa, yang pasti ianya gelap. Malam. Penat. Penat memenatkan badan untuk menghabiskan masa muda. Mehilangkan tekanan, alasannya. Huh. Manusia, alasan, payah nak pisah walau sebodoh mana bunyinya. 

Dalam tren untuk pulang ke rumah, lengang. Sekurangnya tak banyak drama yang terpaksa aku tonton. Syukur. Walaupun lengang, masih tempat duduk tiada. Berdiri la nampak gayanya. Sambil bersandar dengan bantuan sepacak tiang, aku nikmati permandangan tingkap yang mana cuma cerminan muka aku saja yang terpapar. Bosan. Terkilas 2 manusia, perempuan dan perempuan, sedang saling borak di belakang aku. Tegur atau diam? Diam, terlalu penat untuk berpusing.

10 minit berlalu, lebih kurang, talifon bergetar tanda terima mesej. Aku periksa. Apahal tetiba dia mesej? Layan saja la, hilang juga bosan melayan diri. Dari satu mesej pendahuluan telah merebak ke mesej yang seakan tiada pengakhirannya. Tengah aku kaya kredit boleh la aku layan. Nasib kau baik ketika itu. *senyum seorang diri* Aku seakan perasan yang 2 manusia tadi makin rancak boraknya. Tentang apa? Lantak la, malas ambil tahu. Sedang ralat aku menekan-nekan punat talifon, terdengar sesuatu dari 2 manusia tadi. Seakan sedang membaca sesuatu temponya. "Hahaha. Well, kau kan tau aku maca..." Eh, kejap. Lahabau apa kau baca mesej aku. -.- 


Monday, 6 May 2013

Sihati Buta


aku sudah puas berkongsi hidup
berkongsi hidup bersama --
si-celaka
si-pendendam
si-pemain-kata
si-perosak-mata
si-pemberi-leka
si-penolak-nolak
si-mesin-bergerak
si-bacul-sentiasa
si-manja-tiap-gerak
si-pengambil-hati-ini
si-hati-yang-tak-mengerti
si-pemusnah-harapan-ini
si-pengulang-masa-silam
si-mulut-yang-serupa-haram
si-pengutuk-ampu-semua
si-berpura-mengetahui-semua
si-hebat-yang-bisa-mencampur-gaul-kesemua

dan ya, ianya takkan pernah terhenti
takkan berhenti selagi nyawa masih di sini

aku sudah puas --
memaki mereka
mencela mereka
menghentam mereka
melabel mereka
mencacai mereka
tapi kesemuanya hanya seorang saja yang terdengar
hanya seorang saja yang mengangguk
hanya seorang saja yang mengerti

mungkin masih tidak cukup terima kasih aku kepada mereka
atau langsung tiada terima kasih itu terkata
terima kasih yang mungkin bisa menterbalikkan diri mereka
terima kasih yang akan menyenyapkan kata sihati buta

atau mungkin aku sama saja seperti mereka

Saturday, 4 May 2013

Penjaga Diri, ini

kita tak pernah serasi
atau mungkin bagaimananya serasi kita tak pernah selidiki
tiap kata kau, aku angguk, pasti
tiap pinta kau, aku sambut, janji
mungkin boleh dikatakan serasi, tapi penuh keterpaksaan diri
keterpaksaan dalam hati, yang seranahnya sunyi
keduanya berkongsi
aku lihat kau pun begini

kita jarang untuk berkata
atau mungkin permulaan kata itu sungguh sukar untuk dimula
kau mula, aku balas, setia
kau tapa, aku turut, meleka
ya, mungkin aku sipemusnah hala
pemusnah yang mana membosankan keduanya
tapi kadangkala
sifat aku, kau pinjam juga

kita kurang menjenguk muka
atau mungkin kita sibuk menyalahkan masa
tiba lapang, hati merewang lupa
tanpa sedar, diri sewenang dileka
masa sibuknya waktu, gagahlah terbayang duka
tak guna seadanya hampa
tapi yakinnya aku
kau tak sebegitu, seperti aku

dinginnya kita, sampaikan yang perlu aku lupa
tapi kau handal, pantas kau faham akhirnya
jika yang wajib ditanya aku lupa
yang wajib kau beri tanpa bertanya
jika yang mesti diminta aku alpa
yang mesti kau bagi tanpa berkira
begitu hebatnya engkau, payah direka

walau kaku
walau sunyi
walau lekanya aku
tapi tak sekali aku lupakan kau
tak sekali aku cuba tinggalkan kau
sebab aku tahu, aku pasti
berdiri kukuhnya aku disini, takkan boleh tanpa kau disisi



Untuk dia yang sering dilupa. Terasa membesar lubang dosa yang dulunya dikorek tanpa peka. Maaf.

Kispen: Angin

KTM. 8:30 pagi. Tunggu. Termenung. Ah, hari ini bukan hari cuti. Watak sampingan hanyalah pakcik-makcik yang ingin ke pejabat. Malang. Kembali termenung.
20 minit berlalu. Tren tiba. Masuk. Duduk. Kembali termenung.

"Kepong Sentral. Kepong Sentral. Sila awasi langkah anda. Please mind your step"

Tengok kiri. Tengok kanan. Banyak lagi tempat kosong. Tak perlu nak berpura tidur. Bagus. Masuk perempuan muda. Berpakaian muda. Berteman. Ah, sial. Berpura tidur lebih baik. Pejam mata.

"Kepong. Kepong. Sila awasi langkah anda. Please mind your step"

Celik. Masih ada tempat kosong. Bagus. Lelaki pertengahan lintas. Koporat. Segak. Wangi. Kembali pejamkan mata. Angin menolak udara. Menimbul rasa. Mengganti bau. "Woi, cilanat apa buang angin dalam tren" -.-

Tuesday, 23 April 2013

Haiku

*Percubaan pertama untuk puisi Haiku. Pedulikan peraturan-peraturan yang lain, janji bentuk yang sama sudah memadai. 

andai ku tahu
hati satu mu itu
akan ku paku

gah bersuara
kau dan kau sama saja
kami terseksa

mencari tenang
digelap kemalaman
tidak ketemu

panji bertebar
kempen diperteruskan
minta dipangkah

Tuesday, 16 April 2013

Salah, Kosong

salah
terasa amat salah terhadap kau
sedang puas aku hiraukan lenang diriku
kau laung jeritan yang tidak terjerit
ah, senti egoku terlalu tinggi

saat aku leka
kau diperuk cerukkan di ruangan gelap

saat aku lalai
kau dihampar biarkan di tebaran

saat aku cuai
kau dipenyek lenyekkan di bawah yang hina

ah, senti pentingkau terlampau besar
aku rabak mencari hilangnya diri kau
sedang aku tersedak dari lenang
terasa amat kosong tanpa kau
kosong

Harap


Aku ingat lagi kali terakhir aku lihat kau. Waktu tu dekat terminal bas. Aku hantar kau pulang ke Selatan. Masa tu, aku dapat rasa yang kau ingin beritahu sesuatu. Sesuatu yang mungkin merubah segalanya. Tapi mungkin kau tak cukup berani ketika itu. Tak berani untuk mengatakan sesuatu itu. Takpa, aku paham, aku mengerti. Aku pun begitu, selalu. Tapi untuk poin yang lain, mungkin.
Aku pusing, langkah. Hanya tiga langkah diperlukan untuk kau membuat aku toleh kembali. Kau memanggilku. Waktu itulah kau beri aku rantai kunci kepada aku. Bentuk beruang. Comel. Cukup comel untuk buatkan aku tersenyum. Tapi masih berani kau masih tidak cukup untuk kau bersuara. Aku melambai dan terus pergi. Pergi dengan tiada rasa. Kosong. Sifar.
Di stesen komuter, aku terima mesej. Dengan berbekalkan warna merah di lambang bateri, aku terus buka dan ianya dari kau. Waktu tu mungkin berani kau sudah cukup barangkali. Aku duga. Kau luahkan segalanya. Kau ceritakan sehabisnya. Aku balas sedayanya. Tidak mampu sepenuhnya. Apakan daya. Sampai sekarang masih aku tak mampu menghadap mesej kau. Aku masih tak pasti bagaimana seharusnya reaksi yang perlu dikeluarkan oleh aku. Segala mesej yang kau beri selepas hari itu aku hanya pandang, baca, biar dan buang. Aku tak tahu apa yang perlu dibalaskan. Aku tak pasti apa yang perlu diterangkan. Apa yang aku tahu, aku bersalah sangat pada kau. Aku tahu yang aku tak sepatutnya diam sebegitu. Tapi aku takut. Aku takut kalau-kalau aku salah ayat untuk diberikan pada kau. Sejarah aku membuatkan aku jadi macam ni. Aku jadi terlampau takut untuk bergerak. Takut-takut bila aku bergerak nanti aku akan terpilih jalan yang sama seperti dulu. Terpilih untuk lakonkan balik sejarah yang dulu. Tak sanggup aku. 
Sampai sekarang kau masih tidak berhenti mencuba. Dan sampai sekarang jugalah aku masih tidak berhenti sembunyi. Aku masih tidak jumpa formula untuk berdepan dengan mesej kau apatah lagi kau yang sebenar. Masih mencari. Masih menggali. Harapnya aku, satu hari nanti bila jumpanya formula itu, kau masih ingin jumpa aku. Masih ingin lihat aku. Untuk aku terangkan segala kegelapan yang telah aku gelapkan.



*Rantai kunci beruang masih kemas tergantung di lampu meja aku =)

Saturday, 13 April 2013

Terfikir


Terfikir
Kenapa baru sekarang kau kesah
Sampai terhantarnya surat ambil kesah kau tu
Pelik

Terfikir

Kalau dia pula yang ambil tempat kau
Dia mungkin ke buat apa yang kau buat sekarang ni
Risau

Masing-masing manusia, pusing-pusing

Jangan hanya waktu engkaurang perlukan kami saja yang engkaurang kesah akan kami
Ingat, kami akan selalu
Terfikir

Wednesday, 10 April 2013

Eleksi


ingatnyalah
dengan menyekat 
kau dapat menghalang?
kau silap

kini bukan dulu

bukan lagi komputer berkotak
bukan lagi skrin berpetak
bukan lagi pengharapan tv siBatak

jika disekat

mereka ada media sendiri
mereka ada akhbar sendiri
mereka ada cara sendiri
tak perlu dimohon untuk benda yang tak pasti

dan kau pula

biarlah berpada
biarlah mengena
jangan sampai menghina
jangan sampai hilang percaya

sebab kadangkala kulihat

semangat kau terlebih
fanatik kau terlebih
sifat kebencian kau terlebih
ya, semuanya terlebih
sangat

jangan biarkan kami memilih sesuatu yang tak perlu dipilih

Kispen: Silap

Lihat jam. Sepuluh sengah malam. Lapar. Lapar yang sejaknya dari petang. Sengaja aku melewatkan pengenyangan. Sebab aku tahu, aku ada cipta satu prinsip dimana makin lewat hari makin sikit manusia di kafe. Prinsip itu dicipta sebab aku malas bersemuka dengan muka-muka di kafe. Maaf. Aku tak reti bergaul. Aku tak pandai bersosial. Itu adalah ciri aku. Dan aku perlu patuhi. Pasti. 

Capai dompet. Bergerak ke kafe. Terpaksa. Di pintu kafe, terlihat muka yang sangat aku kenal. Ya, sangat pasti aku kenal muka tersebut. Tanpa berlengah, tanpa keraguan aku menegur. Mengurangkan ketidakpandaian pergaulan aku. Nampak aku berusaha disitu? huhh. Dia memandang aku. Kerut. Memandang belakang. Kerut. Memandang kawan. Kerut. Dia teruskan langkah. -.-

Tuesday, 9 April 2013

Susur Masa


aku dijadikan teman borakmu
tak pernah lelah
tak pernah penat
kau tetap memilihku untuk diceritakan luahan isi hati kau

aku dijadikan kertas diarimu

tak pernah lupa
tak pernah tinggal
kau tetap memilihku untuk dicoretkan kronologi kisah hidup kau

aku dijadikan beg penumbukmu

tak pernah puas
tak pernah cukup
kau tetap memilihku untuk dilempiaskan segala sumpah geram kau

tapi tak terpikirkah oleh kau?

betapa meluatnya orang
betapa menyampahnya orang
hanya kerana cara kau mempergunakan aku
cara yang tidak kena pada tempatnya

maafkan aku

Saturday, 6 April 2013

Cerpen: Kocek Masa

Rabu, 2:57 malam.
Habis berkerja. Habis berdrama. Habis berpura. Segala sifat kontra aku sudah habis ditaburkan kepada klien-klien aku demi helaian kertas. Sudah aku hampar sepenuhnya hijab di hadapan semua. Sudah aku sorok-rapikan semua maklumat yang sebetulnya. Sudah aku pusing-belitkan semua kisah yang diminta oleh klien-klien aku. Supaya mereka, sipenerima, menerima kisah-kisah dongeng dari sipemberi seperti aku. Supaya dapat aku penuhkan hasrat klien-klien aku untuk aku penuhkan kocek aku. Kocek yang tak pernah dan tak akan penuh bagi seorang manusia. Tapi aku tidak kesah. Tidak peduli. Persetankanlah nilai moral. Sebab aku tahu. Aku pasti. Ramai lagi umat seperti aku. Umat yang hanya pentingkan penuhnya kocek mereka tanpa memikir nasib yang bakal menimpa. Biarkan. Malas difikirkan.
Cuba untuk rehatkan diri untuk hadap esok hari. Hari yang pasti akan penuh dengan kedustaan. Baring. Lena.


Terdengar pekikan. Aku tersentak, tersentap. Tersentap dari mimpi. Aku lihat isteriku menangis sambil memandang ke arah kereta yang dipakir di garaj hadapan. Merah. Pecah. Marah. Ya, aku sedang marah. Sibangsat mana yang berhati kering untuk lakukan benda ni terhadap orang seperti aku. Semulia aku. Sedarjat aku. Sedikit respek terbit. Arghhhh. Ternampak kumpulan fail. Kenal sangat akan fail tersebut. Fail yang telah menaikkan jawatan aku dan fail itu juga boleh menurunkan darjat aku. Darjat yang telah aku bina sekian lama. Cepat-cepat aku ambil, sorok dan terus ke bilik bacaan. Ya, aku tinggalkan isteri aku. Aku hilang rasional seketika. Siapa-siapa juga akan begitu jika mereka di tempat aku. Dalam bilik, selongkar fail. Aku kenal benar dengan fail ini. Fail kes yang termustahak yang pernah aku uruskan. Dan juga penipuan yang paling dosa yang pernah aku laksanakan. Terselit nota ringkas. Rapi tulisannya.


‘Terkejut? Kau ingat dah cukup tebal hijab yang kau ada. Dah cukup rapi apa yang kau sorokkan. Dah cukup belit kisah yang kau taburkan. Kau silap. Sebelum hilang percaya tiap-tiap manusia dalam negara ini, baik kau buat sesuatu. Sesuatu yang mana tiap-tiap manusia dalam Negara ini patut tahu.
Oh ya. Lupa perkenalkan diri. Aku ialah penjaga kocek masa. Datangnya aku untuk memberi gambaran masa depan. Memberi amaran kepada kau. Supaya kau jelas tentang nasib depan kau. Faham?’


Dunia aku kelam. Gelap. Terdengar pekikan. Sekali lagi. Tapi lebih dekat, lebih bingit. Buk! Aku tergolek ke lantai. 
“Laaa. Awat abang tidoq dekat sofa ni ha. Malam tadi balik pukul berapa. Awat tak kejut saya”.                              


Khamis, 2:57 petang.
Sir Maikel Afgal telah membuat satu kenyataan tergempar dimana beliau ingin meletak jawatan sebagai ketua polis negara. Serta merta.


Jumaat, 2:57 petang.
Setainli MakDonal telah membuat satu kenyataan tergempar dimana beliau ingin meletak jawatan sebagai presiden negara. Serta merta.





Nota: Cerpen: Kocek Masa ni ditampilkan dalam ZineSatuMalam: Kocek. Siapa-siapa yang ingin muat turun zine tersebut bolehlah ke sini. Bersama kita hargai karya tempatan.

Sunday, 31 March 2013

Review majalah: Majalah Aspirasi (MA)

Nota: Ini adalah review dari seorang yang amat jarang membaca majalah dan juga dari seorang yang belum pernah membaca Majalah Aspirasi (MA) edisi yang sebelumnya. Jadi ingat, review  ini hanyalah pandangan dari seorang yang kurang arif dalam dunia penerbitan majalah.

(Sumber gambar di sini)


Pertama, bagi aku muka hadapan adalah perkara yang amat penting bagi setiap majalah/buku. Lagi menarik muka hadapan, lagi tertarik orang untuk menyelak dalaman. Dan untuk MA, ianya sudah cukup untuk menarik aku untuk baca isi dalamnya. Konsep. Reka letak. Semua ok bagi aku. Dan yang menariknya, cara tema majalah diketengahkan. Kreatif.

Kedua, peranan gambar pelajar-pelajar dekat bahagian hadapan sungguh berkesan untuk aku membaca majalah. Walaupun aku tahu yang muka aku mustahil untuk berada dalam ruangan tu, tapi aku tetap gigih untuk meneliti satu-satu gambar dekat situ. Mana tau ada juga muka-muka yang aku kenal. Itu kalau aku. Kalau orang lain yang sudah pasti mukanya akan terpampang dekat situ, cuba bayangkan kegigihannya tinggi mana pula. 

Ketiga, aku nak puji cara penyusunan artikel. Separuh yang pertama untuk perkara-perkara yang serius dan untuk separuh yang berikutnya untuk perkara-perkara yang lebih santai. Nice. Tapi sejujurnya lah, untuk separuh yang pertama aku hanya melihat-lihat gambar dan hanya baca ayat-ayat yang dihighlightkan saja. Mungkin aku masih belum sampai seru untuk baca perkara-perkara serius sebegitu. Tapi aku mengharap perkara tersebut masih dikekalkan. Aku tahu, bila seru telah tiba, aku akan mencarinya.

Keempat, artikel-artikel untuk separuh kedua untuk majalah ini amat menarik. Isu-isu yang dikeluarkan sesuai la dengan kehidupan pelajar dekat UKM ni. Cuma apa yang aku perasan, cara penulisan untuk sesetengah artikel boleh diperkemaskan lagi. Isu dah mantap, mantapkan lagi gaya penulisan. 

Kelima, apa yang aku perasan mengenai UKM, UKM merupakan unversiti yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam bidang seni kebudayaan. Teater. Tarian. Nyanyian. Dan macam-macam lagi. Aku rasa isu-isu kebudayaan UKM boleh diperbanyakkan lagi.

Keenam, aku perasan ada dua puisi (tak pasti) yang dimuatkan dalam majalah ni dan ianya tidak puas bagi aku. Tak cukup. Memandangkan UKM merupakan satu-satunya universiti yang mengutamakan bahasa kebangsaan. Jadi tak salah bagi aku untuk mengkhaskan satu ruang untuk bahasa kebangsaan dalam majalah ni. 

Ketujuh, mungkin boleh dibuat satu ruang untuk laman sosial. Memandangkan dunia sekarang mewajibkan setiap seorang mempunyai laman sosial, aku rasa ruangan ini mungkin dapat menaikkan tarikan pembaca. Mungkin boleh diberi satu isu dan dalam ruangan tersebut akan siarkan komen-komen yang menarik. Sebenarnya aku amat berharap untuk ruangan khas para Blogger. Setahu aku dulu sebelum aku masuk UKM, UKM ada komuniti blogger tersendiri. Tapi bila aku dah masuk sekarang, dah hilang dah aku rasa komuniti tu. Mungkin dengan cara ini dapat hidupkan balik komuniti tersebut.

Kelapan, aku perasan dekat akhir majalah ada ruang untuk 'Top 5 drama/series eropah pilihan pelajar UKM'. Mungkin boleh ditambah ruangan untuk bahan bacaan/novel pilihan pelajar UKM. Sekurangnya dapat juga mempromosikan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Kesembilan, aku dapat feedback dari sesetengah pelajar yang mereka kurang berpuas hati untuk ruangan 'aktiviti kolej-kolej kediaman' sebab tidak kesemua kolej kediaman masuk dalam ruangan tersebut. Aku tak tahu dimana silapnya. Tapi bagi aku ini merupakan salah satu kelemahan besar untuk majalah ni. Mungkin boleh diambil perhatian untuk edisi akan datang.

Aku rasa setakat ini sahajalah. Keseluruhannya, aku seronok membaca majalah ini. Yalah, dah aku belajar di UKM, pasti aku nak tahu apa yang berlaku dalam UKM. Dan melalui majalah inilah aku dapat tahu kesemua tu. 

Dan sekali lagi nak diingatkan, ini merupakan review dari seorang yang amat jarang membaca majalah dan juga dari seorang yang belum pernah membaca Majalah Aspirasi (MA) edisi yang sebelumnya. Segala pandangan adalah dari seorang yang kurang arif dalam dunia penerbitan majalah.

Thursday, 28 March 2013

Projek: #satusatu MuntahRasa

Projek #satusatu MuntahRasa.

Merupakan projek 'kata' yang diihamkan oleh salah seorang penulis yang aku respek penulisannya; Khairulnizam Bakeri. Projek ini tidak bermaksud aku ingin meniru beliau.  Bukan juga ingin menciplak hasil seni beliau. Tetapi, konsepnya terlalu cantik bagi aku. Terlalu indah. Jadi, aku ingin melihat sendiri kecantikannya, keindahannya dengan lebih dekat. Dan atas sebab tersebut, aku telah memulakan projek ini. Ingin juga berterima kasih pada seseorang yang telah memberi sedikit sebanyak buah fikiran dan sekaligus mem'push' aku untuk mulakan projek ini.

Asalnya projek ini telah dimuatkan dalam #matapensil ni, tetapi aku lihat sedikit janggal kerana konsep blog tidak sesuai dengan projek ini kerana jumlah ayat yang terlampau sedikit bagi penulisan di blog. Jadi, aku mengalihkan projek ini ke media yang lebih sesuai iaitu Tumblr.

Diharap aku, projek ini tidak menjadi sehangat tahi. Tidak kiralah tahi siapa sekalipun. 
Projek #satusatu MuntahRasa boleh dirasa di sini.

Wednesday, 27 March 2013

Muntah Rasa 003

Idea dibina. Indah tersusun, gah terasa. Terminat akan konsepnya. Mohon diguna.

Tuesday, 26 March 2013

Review buku: KELABU

( sila habiskan pembacaan buku dahulu untuk kepuasan maksima )





KELABU. Sebelum aku dapat pegang, beli, baca buku ni, dah banyak feedback-feedback positif yang keluar dari para pembaca. Ya, aku tahu. Aku terlampau lewat untuk membaca buku ni. Tapi, macam aku pernah dengar, lebih baik lewat dari tak dapat.

Ok. Pertama sekali, bahasa yang digunakan adalah bahasa 20102011. Bila aku baca, aku dapat rasa pembahasaannya umpama bahasa di zaman tersebut. Bahasa yang aku boleh kelaskan sebagai bahasa mudah. Bahasa senang. Bahasa sempoi. Bahasa yang boleh mengundang grammar nazi untuk bersuara. Tapi itulah kelebihan buku ni. Bahasa yang mudah untuk pembaca 'masuk' kedalam cerita. Korang boleh dapat rasa macam yang si penulis menceritakan cerita ni melalui kata bukan tulisan. Kuat benar metafora aku. Biarkan.

Mengenai penceritaan, kebanyakan bahagian aku dah boleh jangka sebelum membacanya. Agak malang bagi aku. Kejutan tiada. Akan tetapi, aku berjaya ditipu. Dan aku sangat yakin, sangat pasti, pembaca lain pun kena tipu bulat-bulat untuk separuh yang pertama. Yang tu aku tak dapat jangka. Aku tak nak la bagitahu apa yang dapat menipu aku. Aku nak biarkan, sapa-sapa yang belum baca lagi buku ni rasa apa yang aku rasa. Rasa ditipu. Tapi korang tak akan dapat rasa geram sebab penipuan tersebut mengenai sesuatu yang mengundang rasa yang pelik. Rasa yang tak dapat nak dijelaskan. Hanya ditipu saja dapat rasainya. Jadi, baca.

Satu lagi daya penarik buku ni ialah konsepnya. Konsep tipu dalam tipu. Bagaimana seseorang sanggup menipu untuk dapatkan sesuatu. Tetapi penipuan tersebut dibuat untuk penipuan yang lebih besar. Dan penipuan tersebut telah buatkan dirinya menipu dirinya sendiri. Bila diri dia tipu diri sendiri, diri orang lain pun akan ditipu olehnya. Bila semua ditipu, pembaca pun akan dilibatkan sekali untuk merasai penipuan tersebut. Dan bila semua, dari watak sampai ke pembaca ditipu, cerita ni jadi cerita tipu. Dan aku pun sedang menipu korang disaat ni. kahkahkah. Tak, sebenarnya aku tipu ja ayat last tu. Yang lain korang baca la sendiri kalau nak tau.

Bagi aku buku ni hanya boleh terlayan oleh wanita-wanita dan lelaki seperti aku sahaja. Definisi lelaki seperti aku, hanya aku sorang je yang tau. Ayat dalam buku ni begitu manis untuk para pembaca. Sebab itu aku rasa hanya ada kelas-kelas manusia yang tertentu sahaja dapat layan sampai habis. Yang lain aku dapat rasakan mereka tak akan dapat menanggung tahap kemanisan bahasa dalam buku ni. Aku ingat lagi satu bahagian dan aku rasa itu jela bahagian yang aku masih ingat sampai sekarang sebab impak dialog dekat bahagian tu sangat mendalam. Tertusuk. Bahagian dekat hotel di Melaka bila si Aku cakap 

"Kita ada dua pilihan. Pilihan pertama, you tido dalam bilik dan I tido dalam kereta, sebab ada satu bilik je tinggal kat sini. Pilihan kedua, you tido dalam kereta... while I drive us back to KL."
m/s: 116

Dan aku terasa seperti, awwww. Ahh, persetankan ego aku. Aku memang rasa macam tu waktu tu. Ego aku roboh seketika. Dan aku tak sesalkannya. 

*sesiapa yang ingin dapatkan KELABU boleh klik sini. Jangan risau, aku tak diberi komisen.

Monday, 25 March 2013

Kispen: Makmal

Sama seperti Isnin Isnin aku yang sebelumnya. Masih lesu. Masih lesi. Pukul 2 tajam (baca: sharp) dah diwajibkan menghadap wayar-wayar, perintang-perintang, dan mesin-mesin. Makmal. 
Kali ini lebih parah. Dengan teorinya entah bila diajarinya, tiba-tiba disuruh mempraktikkan. Ya, aku tau. Aku faham. Benda ni dah diajar masa peringkat yang lebih rendah. Tapi, aku seorang manusia normal. Manusia normal tak akan boleh kekalkan memori yang tak berapa indah sehingga begitu lama. Mungkin ada yang boleh. Tapi itu bagi manusia yang kurang normal. Manusia genius. Tapi aku bukan. Maaf. Betul-betul maaf.
Setelah berpenat lelah menyiaptambah komponen-komponen litar, aku yakin, aku pasti segala koneksi yang aku cantum adalah tepat. Tepat mengikut manual. Ya, sangat pasti. Aku teruskan ke langkah seterusnya, langkah di mana kotak perintang dekad perlu dilaraskan mengikut suka kita sehingga meter-multi memaparkan nilai 0 voltan. Ahh, korang tak perlu faham semua ni. Aku pun tak faham, jangan diharap aku nak biarkan korang faham. Faham?
Laras sekali. Salah. Laras dua kali. Salah lagi. Ingin laras kali ketiga, aku dah tau hasil dia apa. Langsung aku tak laras. Datang si penguasa. Diberi sedas dua nasihat. Nasihat yang memeritkan telinga. Terpaksa terima. Habis di rombaknya litar aku. Jahanam. Penat badan aku saja buat tadi. Kalau tau, baik aku suruh kau buat dari awal. Selesai merombak, dia melaras. Menjadi. Bangga. Si penguasa pergi. 
Ingin melaras kali kedua, terperasan sesuatu. “Woi, ada satu wayar tak sambung la ngok” -.-

Cerpen: Earth Hour

Seperti kebiasaan petang-petang yang lain, Z sibuk menyemak susur masa laman Twitternya. Bagi dia, kalau tak dibuka Twitter selang 3 jam sekali, umpama duduk di dalam botol selama 5 minit. Tak boleh bernafas. Kalau boleh, Z ingin tahu kesemua kisah hidup jiran dia, kisah hidup kekasih dia, kisah hidup orang yang dia stalk, senang cerita kisah hidup semua benda hidup atas bumi ini. Tapi yang penting kisah pulak aku tentang hidup dia. Lantak dia la nak selak kain sapa.
Sedang asyik belek-membelek, Z tertarik dengan satu tweet.

PB. @PencintaBumi                                                                                                                  36s
Earth Hour malam ni. 8:30-9:30. Jangan dok keras diri. Peka sikit apa jadi dekat bumi sekarang !                                                Expand

“Eleh. Setakat sokong selama sejam pastu langsung takda kesedaran tak guna jugak. Pegi arwah la kau dengan earth hour kau tu. Dasar cari publisiti” kata Z kepada laptopnya.
Gila seketika. Bagi Z, semua tweet yang dikeluarkan dari orang yang dia follow kesemuanya hipokrit semata. Mencapub katanya. Aku agak Z memang tak pernah tengok cermin. Ahh lantak dia la. Setelah sedar bahawa hari sudah gelap, Z segera bersiap-siap untuk mandi. Sesampai di bilik air, kosong. Seorang pun tiada di dalamnya. Terdetik rasa cuak dalam hatinya.
“Selalu berebut budak-budak ni nak mandi. Hari ni sorang pun takda. Pelik” kata Z kepada kepala paip.
Gila sekali lagi. Z mulakan rutin wajib ketika mandi, menyanyi. Hari ini lebih puas sebab takda sapa-sapa nak menkritik betapa sakitnya jiwa bila dengar dia nyanyi. Cuma terdengar sipi-sipi cicitan dari cicak yang mungkin terseksa jiwanya. Itupun hampir tidak kedengaran sebab tenggelam dengan suara sumbang Z. Nyanyi punya nyanyi punya nyanyi. PUPP! Keadaan sekeliling menjadi gelap semendadak. Z terkejut, terkincit serta merta. Reaksi yang normal bagi setiap manusia kalau ditempat Z. Tak perlu dihairankan. Z mati akal. Tak tau apa nak direaksikannya. Segala ilmu kemahiran hidup yang dipelajarinya dulu hilang serta merta. Z menjadi gabra.
“Woi. Bukak la lampu. Kalau nak earth hour pun padam lampu bilik sudah la. Yang pegi padam lampu bilik air dah kenapa” tak tau Z berkata kepada siapa kali ni. Pintu mungkin.
Tapi keadaan masih kekal sebegitu. Gelap. Z semakin cuak. Kalau dada dia dibelah, boleh nampak bersungguh betul jantung dia berdegup. Tiba-tiba. Tanpa derapan anak kaki. BANG! Pintu bilik air sebelah ditutup dengan kuatnya. Ngenyiet ngenyiet. Bunyi pili shower kedengaran disusuli bunyi air mencurah jatuh.

“Woi. Sapa tu ha? Jangan la memain time cenggini. Tak lawak la woi” jerit Z.
Tapi tiada sahutan dari bilik air sebelah. Z semakin kecut. Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup suara wanita. Suara wanita yang sedang menyanyi lagu Cindai. Kalau Dato’ Siti yang nyanyi pun punyalah lembut, kali ni suara wanita tu berkali-kalilah lembut. Wanita kah? Z semakin gerun.
“Woi. Dah la. Jangan memain lagi. Bukak la lampu sial” teriak Z.
Tapi, suara tersebut tidak hiraukan makian Z malah makin galak menyanyi. Tidak semena-mena, entah apa yang lawaknya, suara tersebut gelak dengan seramnya. Har har har. Har har har. Z lagi jadi semakin takut. Gelakan tersebut makin lama makin kuat. Makin lama makin annoying. Makin lama makin hampir. Makin lama makin berada di atas kepala Z. Z memberanikan hati takutnya untuk mendongak keatas. Dan atas keberanian yang tak bertempat tu Z terlihat satu mahluk yang tak dapat didescribekan rupa dia. Mungkin terlampau cuak sampai tak dapat ingat rupanya bagaimana. Kalau secara kasarnya, seolah-olah seperti muka si Ju-On versi wanita. Warna merah mengelilingi mata hitamnya. Muka putih tanpa sebarang calar. Rambut panjang mengurai hingga ke bahu. Yang paling penting, tanpa senyuman dibibirnya walau hakikatnya dia tengah gelak disaat itu. Bagaimana dilakukannya, Z pun tidak pasti. Tidak pula dia bertanya.

Tanpa sempat mencapai apa-apa, Z terus berlari keluar dalam keadaan hina. Bogel. Dan PANG! Sekali lagi Z ternampak mahluk tersebut di cermin tandas. Terlentok-lentok kepalanya kekiri kekanan. Menaikkan mod seram ketika itu. Z cuba menjauhkan diri sejauh yang mungkin dari mahluk tersebut. Jelas benar kesungguhan dia ketika itu. Mungkin seperti sudah tertulis, Z hilang keseimbangan diri akibat selipar yang sudah tidak nampak bunga di tapaknya. Itulah, berkali mak Z pesan untuk menukarnya. Tapi tidak juga ditukar ganti. Sayang benar dengan seliparnya itu. Tapi sayang selipar tidak kemana. Kini dirinya sedang merana. Ha, rasakannya. Akibat dari ketidakseimbangan diri serta emosinya ketika itu, debuk, kepala Z terhantuk ke sinki. Otak kehilangan fungsi. Z terlantar puas di lantai. Darah pekat laju mengalir likat dari setiap lubang yang terdapat di kepala Z. Makin lama makin deras. Suara gelakkan makin kuat kedengaran. Gelakan puas.                                                                                            
Keesokan harinya, terpampang jelas di muka hadapan Harian Metroll ‘Remaja mati terlanjang disebabkan prank Earth Hour’.